✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Bismillahirahmanirrahim..



Kadang2 kita lebih fokus melihat tanda-tanda al-Qadar pada alam, air dan lain-lain dipersekitaran. Sedangkan tanda mendapat al-Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya "diangkat" oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat al-Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas "malam tadi" (malam yang dirasakan malam al-Qadar) apakah sudah berubah, terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya, kita telah mendapat malam al-Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya, malam al-Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam al-Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah "bertamu dalam hati" orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari Syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan "hati kecil" yang suci dan baik. Kedua, bisikan "hati besar" yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara Malaikat dan Syaitan. Antara ilham dan was was. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh "penakluknya".

Orang yang mendapat malam al-Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan, maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam al-Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara. Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam al-Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Selanjutnya di I Luv Islam..

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu.. Menitis air mata tatkala merindu… Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh… Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini.. Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

(^^,)
From : Najwa Haris
Date : 21/ 08/ 2011
Time : 6.59 pm

One message received.. “Asalamuailaikum. Mom aq kata, insyaAllah, 9 sept ni bru aq d terbangkan k Jakarta indonsia. InsyaAllah..”

One word to describe the feeling.. ALHAMDULILLAH.. But then, airmata mencurah2... Bersyukur, tapi..berat hati.. Tahniah Najwa, akhirnya doamu terkabul.. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, diuji dengan dugaan yang x henti2, akhirnya berita gembira yang ko dapat berkat kesabaran ko...

One question, mampukah kami membiasakan diri bergerak tanpa ko? SISMA still need u for sure....apatah lagi kami2 ni.. Ko seja yang rajin menegur kalau kami wat salah.. Gaduh mana pun kita, bertacing2 sesandi mana pun, tetap jugak kita besfren kan... huhu.. Najwaaaaa.... *SpeechlesS*













(^^,) v

 Bismillahirrahmanirrahim..

Berada dalam harakah pastinya akan dihidangkan dengan pelbagai ujian dan dugaan, dari luar mahupun dalam, ada kesedihan dan kegembiraan.. Tatkala dihimpir seribu satu permasalahan, hadapilah dengan tenang.. Jangan mudah melatah.. Kerana jalan dakwah itu tidak pernah sekalipun mudah..

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat kita diuji.. Maka berdoalah agar kita mampu menghadapinya dengan iman dan taqwa.. Semoga keikhlasan semakin jitu dan keperibadian semakin unggul..

Pisahkan masalah peribadi daripada hal jemaah, elakkan penyakit hati dalam jemaah.. Kerana ianya berisiko untuk menyumbang kepada sedikit kepincangan dalam perjuangan.. Mungkin akan keliru tentang apa yang dituju.. Mungkin juga akan luntur semangat juang yang seharusnya tinngi untuk menegakkan agamaNya..

 

"Hati yang ikhlas tidak perasan akan pujian, tidak terkesan dengan cacian.. Kerana hati itu tahu pandangan siapa yang perlu diutamakan"


 
 
Dalam berjuang juga akan ada perselisihan pendapat.. Mungkin fikrahnya sama, tapi pendapat pastinya berbeza... Manusia juga mudah lupa.. Maka sebagai manusia, tugas kita adalah mengamalkan amal makruf nahi mungkar... Oleh itu, teguran haruslah diterima dengan hati terbuka... Menegur juga perlu dengan cara berhikmah... Andai ada hati yang terluka, mohon maaf dan maafkanlah... Kerana khilaf itu perkara biasa... 
 
Ukhuwah itu indah, jika dibina keranaNya.. (^^,)
Gma,Miez n Al Welldone... 3 nama,11 insan... D mn ada Welldone d sna ada Gma n Miez... Setiap kali ada latihan, mesti Gma n Miez jd penonton... Tym ptandngan daerah, kami duk blkg juri jd supportive yg paling kuat... Tym peringkat gabungan plak, kami duk dpn skali (tmpt untuk guru2 n VIP)... Tmpat tu kosong, kami duduk la...haha.. Bila giliran Welldone wat show, pantang ada peluang, mesti kami tepuk tangan...haha... malangnya byk show Welldone kat sklh kami x dpt tgk.... Lagi frust bila kami x dpt join show Welldone kat RRR n UMS... Aish….


Sepanjang persedian dan hari pertandingan nasyid sekolah ……….
(edited from Gma’s diary)

5 Oktober 2009
Apa yg berlaku hari ini menyedarkan aku btapa indahnya tali persahabatan yang terbina antara kami... Cerita ni start kelmarin... Drg Abu sibuk2 psl pertandingan nasyid sekolah hari ni... Drg ada 1 ari jak lg 2k prepare semua... Tp drg blm dpt hitam putih lg dr pgetua... So, aku n Miez offer diri 2k tlg... Kami tlg lengkapkan kertas kerja then jumpa pgetua... Lps pgetua bincang dgn Ustazah Azwa, kos pelaksanaan pun kena lulus... Walaupun kami dapt Rm 100 jak dulu, kami ttp p beli brg2. Baki Rm 400 kena bg nnt...
Aku, Miez, GG, Abu, Ash n Andy p beli brg2 2k hamper, cenderahati n tag nama. Dengan penat lelah kami bw semua tu jln kaki kelmarin... Sampai sklh,kami bungkus hamper2 tu then pulang……

Kelmarin Abu offer aku jd MC, so aku reD skrip smlm... Mcm tdk pecaya aku terima offer Abu... Jd Mc kt perhmpunn sklh pun tdk pernh... Haha... Tp ok lah... Walaupn aku ada tersasul skt n terjatuhkan botol air tym pertndgn tu....

Jam 11.30 kmi p dewan 2k mengemas... Lps dgr taklimat dr Abu, kmi start kasi tepi semua meja2... Lps dewan da clear, sound system da ok, aku, Miez, GG n Hambali p toran 2k beli brg2 utk 5 more hamper.. smua nmpk cm rush, tp alhamdulillah.. setle gak..

Tym ptdngn berlangsung, byk benda lawak... Ada sorang pesrta 2, rock gila dia menyanyi... Teriak abis ni.. Bila dia da snyap, ingatkn da habis, penonton tepuk la, tapi dia sambung lagi lagu dia... Semua org ketawa, juri pn tdk tahan ni... Setiap kali dia melontarkan vokal dia yg mantap tu, mesti org ketawa... Dia pn snyum2 atas pentas 2... haha... g2 jg dgn 1 kump ni... Sorang member da bg salam 2k 2run pentas, tp yg 1 lg, msh menyanyi...haha...

Aku mention benda ni bkn sebab mau ejek drg... Tp pa yg drg wat (sama ada sengaja atau tdk) menceriakan majlis hari tu... At least, drg wat org len smile (^_^) n have fun tym tu. Neway, congratz la 2 them sbb brani mau ikt serta...

Tp bukan peserta yg aku mau story, aku mau crita psl penghargaan yang kna bg dgn kami...kami? haha..perasan jak aku ni... Actually Al-Welldone... Tp mgkn skali dgn aku, miez n tar la bha kali 2... Tym pegetua wat ucapan, dia ucap thanx to all n sgt suka sbb ada pljr yg mahu memulakan sesuatu yg baru kt Badin... Snyum2 aku kt meja 2, walaupn acara ni bkn idea aku...haha... tumpang semangkuk la kjp... Pengetua puji 2......

Btl jg, mn ada student yg anjur prtndngan nasyd sblm ni? Ada ka? Ndak thu la if ada tp aku x thu...


Lps 2 ustaz Azli nek pentas 2k umum pemenang... Sblm dia umum, dia ada ckp sesuatu.... Dia suruh smua pljr tgk.... Pelik... Mau tgk apa? Dia suru smua pljr (penonton dr kls2 adil) tgk abg2 n kakak2 yg ada kt depan (kami la 2)... Dia gtau penonton yg acara arini diuruskan 100% oleh Al Welldone, miez, aku n tar... Juri2 cuma dtg 2k nilai peserta... Lps tu, ustaz mengimbau knangan lama jap... Terharu gilak wei tym tu... Tp aku x sangka plak ustaz mention psl kami kt depan pgetua.. neway, thanx 4 everything ustaz!

Lps smua majlis tamat, kami ada sesi bgambar ajk dgn para juri.. Then kami mkn jap.. Pas mkn, abu trus kemas dewan balik... Abu mmg sesuai jd leader... Nmpk muka dia stress, tp dia control.... Dia thu mau urus everythg... Bila da abis susun meja, kami bincang psl kos perbelajaan n kumpul baki2 duit... Abu x b’henti2 say thanx... Lek la bu, kwn2 bha... No hal pya...

Mcm x caya, majlis yg dilaksnakan dlm masa 2hari oleh pelajar blh berjln dgn baik... Sama mcm majlis yg dikelola oleh guru... Eh,mcm puji diri plak... Haha...sori... x berniat mau kembang atau mta puji...
Alhamdulillah, semua bertanggungjwb dgn tugas masing2... Andy n tommy asyk risau psl mknn, Naz jd technician blkg pentas, Samsul jd penyambut tetamu, Hambali urus buku atur cara, Najib jaga masa, Ash bahagian pendaftaran, GG urus hadiah, Miez plak cenderahati n bgks hamper, aku jd pgacara n of koz, Abu ketua ajk..

Ada 1 perkara g yg aku lum sebut.. Aku x thu npa aku sedih sgt tym Welldone wat show... Aku rs mcm sayu abiz intro drg... Sblm ni, lau aku dgr drg nyanyi, aku xcited.. Aku rs mcm itu la kali terakhr drg wat show sama2... Miez pn rasa benda yg sama..huhu sedihnya.. Ada gak kn kna upload vdeo 2.. Pasni cuma tggl Hambali, Tommy n Najib... tp Tommy kata, dia pun mau trik diri 2010 ni..huhu


Harap2 pasni, kamu akn wat reunion... Skali dgan aku n Miez...haha.. If kna jmput mn2, jgn lupa inform...hehe

Aku harap Al Welldone x berhenti smpai cni jak... Try la smthing yg lbh xtrem...hoho...kn best lau industri nasyd ngara kita ada kump nsyd yg gempak...100% made in Badin...kn3?

Gd luck Welldone!

"Man jadda wa jadda,waman zaro’a hasoda...."

Penghargaan:
Thanx a lot kpd pgtua coz bg support n sudi dtg tym pertandgn, kpd juri2 (ustaz Azli, ustazah Husna, Cikgu Zurin), Sir Fir coz bg pjam dewan, para ajk, students 5 adil n students 3 adil...

By : Nurazimah @ Gyiema 

(^^,)v
Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,
Kurniakanlah kami lisan yang basah mengingati dan menyebut namaMu,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,
Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu..

Ya Allah,
Kurniakanlah kami iman yang sempurna,
Hati yang khusyuk,
Ilmu yang berguna,
Keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul,
Selamat dari segala mara bahaya dan petaka,
Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.



Berikanlah kami Ya Allah,
Iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar,
Atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,
keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama kami.

Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri ;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih mudah dan cepat,
wahai Tuhan yang memperkenankan doa.. (Perkenankanlah).

Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia,
kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.

Amiin...

P/S : Jadikanlah mathurat sebagai amalan pagi dan petang.. (^^,)v
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a: 

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t
Fa iza ‘azzamta fatawakkal ilallah.... Setelah kamu berazam dan bertekad..berserah bulatlah pada Allah Ta’ala.. Tiada yg mustahil di sisi Allah...

Bukankah sahabat yang baik sentiasa mengingatkan saudaranya... Dikala sedih dan gembira, ia sentiasa menjadi pembakar semangat kepada sahabatnya...

Kapal perjuangan akademik kadangkala dipukul badai dan ombak besar, kadangkala lari dari haluan sebenar... Hanya mereka yang punya semangat juang yang tinggi mahu mencipta dan mengkaryakan sebuah kejayaan sahaja yang akan berjaya sampai ke destinasi...



Renungkan nukilan di atas wahai miezra... Semoga kamu berjaya juga mengubah hidup kamu dan keluarga kamu....

Itulah antara kemenangan hakiki sebenarnya.. Dapat mengubah hidup kita kepada lebih takut pada Allah... Ilmu yang kita peroleh menyebabkan kita semakin kagum akan kehebatan Allah...

Betapa Agungnya DIA, tak terkalah walau dengan apa pun di mana pun dan siapa pun....

(^^,)v
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Biro Siswazah Muda Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Sabah (SISMA) telah mengadakan Program Kami Prihatin pada 12-14 Ogos 2011 di Rumah Putera Harapan, Ranau.

Pada masa yang sama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah dan Telekom Malaysia juga mengadakan Program Ihya Ramadhan : Membina Insan Bertaqwa pada 13-14 Ogos 2011 di Kampung Tinutuan dan Kampung Timbua Ranau.




Biro SISMA pada mulanya bertanggungjawab mengendalikan program Kami Prihatin, namun 3 orang dari muslimah SISMA terpaksa diserap untuk mengikuti program Ihya Ramadhan untuk turut serta memberi sedikit pengisian kepada penduduk kampung.


Kami memulakan program pada hari pertama di kampung Tinutuan. Perjalanan untuk ke sana dari Pekan Ranau mengambil masa lebih kurang sejam walaupun jaraknya tidaklah sejauh mana. Namun, keadaan jalan yang tidak berturap menyukarkan lagi perjalanan.



Sampai sahaja di Tinutuan, kami disambut meriah oleh penduduk kampung yang beragama Islam yang majoritinya adalah mualaf. Saya boleh tafsirkan raut wajah mereka seolah-olah mengharapkan suatu pengisian yang mampu meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap agama syumul yakni Islam.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Yang DiPertua ABIM Sabah, seterusnya ucapan ringkas daripada imam kampung Tinutuan. Program kemudiannya diteruskan dengan pembahagian kumpulan iaitu kumpulan kanak-kanak, belia muslimin dan muslimah serta warga senior muslimin dan muslimah. Mereka diterangkan mengenai asas-asas fardhu ain seperti bacan dalam solat, konsep thaharah, akidah dan lain-lain lagi.


Selesai solat Zohor, program diteruskan dengan praktikal Solat, Tayamum, Istinjak dan cara menyucikan najis. Sementara menunggu waktu Asar, masa yang terluang diisi dengan sesi soal jawab mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga miskin pula dilaksanakan selepas solat Asar.

Pada waktu Maghrib pula diadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung, disusuli dengan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib, Solat Isyak dan Solat Terawih. Kemudian kami berangkat pulang ke Rumah Putera Harapan. Sesungguhnya pengalaman bersama para mualaf di pedalaman ini cukup memberi kesedaran bahawa pentingnya penghayatan ilmu agama secara istiqomah agar akidah tetap terpelihara.



Perjalanan diteruskan lagi ke kampung Timbua pada keesokan harinya yang mengambil masa lebih kurang setengah jam dari kampung Tinutuan. Aktiviti yang dilaksanakan adalah lebih kurang sama dengan aktiviti di kampung Tinutuan. Cuma keadaannya nampak lebih baik sedikit kerana kawasannya yang agak luas dan kemudahan seperti surau, bilik air dan tempat wudhu lebih selesa.

Program selama dua hari ini amat mencabar ketahanan fizikal dan mental, namun tidak ada jalan mudah untuk menyebarkan dakwah. Program tahunan ini diharap dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi untuk memantau perkembangan saudara-saudara yang jauh di pedalaman. Sumbangan seperti beras, minyak dan gula juga turut diedarkan sebagai tanda keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Disediakan oleh : Nurhamiezrah Midin, Ahli Biro Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah. 

(^^,)v



✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿