✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Bismillahirrahmanirrahim... Takut2 ada yang terkilan sebab x ada post pasal diorang... :) Act., saya menghargai semua yang saya sayang... X ada post pasal segelintir orang tidak bermaksud mereka diabaikan atau less loved... Tapi, manusia kan... Berlaku sama rata agak mustahil, adil apatah lagi... Adil di mata manusia, belum tentu adil pada pandangannya... :') Kalau ikutkan hati, mahu saja di post semua, tapi kudarat, masa, kesempatan tidak mengizinkan... Biar orang tahu, betapa ramainya insan yang Allah pinjamkan untuk saya berasa tidak kesunyian hidup di BumiNya yang cukup luas ini... :') Sayang kamu semua... :)

P/S : kalau mau request pun, boleh jugak... Akan di update... :) Maafkanlah diri yang serba kekurangan ini.. :')
 Sweet gitu.. :)
Nama : Noor Amira Diana Jalani
Gelaran : Kak Mira Garang
Bornday : 31 Mac

Diculik pada tahun pertama pengajian beliau di UMS. Memang ada fikrah gerakan, so kak Nisaa’ culik dia untuk terus melekat dengan ABIM. :D Walaupun kakak ni garang, tapi act. baik. Dan sangat rajin mengawal adik2. Adik2 bertuah pulak suka susahkan kakak ni, sama ada fizikal mahupun hati. Thanks a lot kak mira! :D Terkenal dengan senduknya, tapi x pernah dalam sejarah lagi kak Mira menyenduk orang. Eleh, x sampai hati la tu. :D Bestfren untuk dijadikan kawan bergaduh, kompom lah abg sorang tu, cuba teka. Haha.


 Seronoknya kamu.. :D
Nama : Farawahida Mohd Abdul Hakim
Gelaran : Fara Funny
Bornday : 7 September

Mengumumkan ketibaan cik Fara pada 7/9/2011 ke UMS sempena hari pendaftaran. :D Tym tu la 1st tym jumpa kembar c Najwa ni. Sama pemikiran, sama cengeng, ntah apa ja nda sama. Hihi. Pemurahnya pun sama. Teramat murah hati. Pemaaf jugak. Cool ja even ditimpa masalah. Kadang aku yang geram, adeh. Nama ja kakak dia ni, tapi macam lebih terbudak dari kami2. Dia masuk kategori ni sebab dia tua setahun. Hihi. However, umur tidak member makna, gaya maintain childish. Camana ni Fara? :P


Erk, macam kurang cerah di sini.. :P
Nama : Nur Liyana Damanhuri
Gelaran : Kak Lyana Sweet
Bornday : 17 November

Ni x tau mana muncul ni. :P Start kenal tym usrah di Surau B1 Kolej E. Mula2 berkontek2 ingatkan orang semenanjung sesat cakap dusun, sekali jumpa, ceh. Haha, pandai kakak ni tiru orang dusun bercakap, tertipu I. Dikenalkan oleh abg Yasir, n now, kak Lyana commit ikut usrah, kelas mengaji, program, and even jadi pengarah program Iqra’! :D Absolutely salute la Kak Lyana ni, tahap survival yang tinggi, n for sure, dia memang sweet! :D Anak Sulung Ayah, berasal daripada Bangi. Hehe.

x la rock mana pun.. :P
Nama : Fatihah MY
Gelaran : Kak Fatihah Rock
Bornday : 7 Mei

Hihi. Kisah kakak ni unik sikit. Ditemui oleh Fara di bilik beliau ketika Fara mau print teks ucapan sempena 30 tahun ABIM Sabah. Kak tihah merisik2, then x lama lepas tu, join p rumah k.Ayusz makan2. Kakak ni jugaklah heroinku, keranaaa, telah memberikan aku peluang membonceng motornya. Haha. Excited siot! Pastu, basah2 pergi usrah di rumah Umi Faridah. Bertuah! :D Thanks for the moment kakak. Rock kan kakak ni? Tapi hati jambu. Kih3. Ingatkan x menangis tym berpisah ari 2, rupa2nya :P Tahniah sebab akan konvo x lama lagi. Wish to see u again. :) [see, nama full pun sy x tau, :’( ]



Kak Kasma, x pernah pun marah aku. Baik kan? Sudah aku ni nakal, buat suka hati, degil, dll, tapi kak Kasma layaaan ja. Haha. X tau la pulak dalam hati macam mana kan. Orangnya sangat merendah diri, rajin, ringan tulang, anak solehah dll. (banyak sangat, takut mau tulis banyak2. :P) Setiap kali tersadai di ofis, kompom la kak Kasma tarik ajak tidur di rumahnya. Al-maklum, dekat ja. Pernah merasa sahur di rumah beliau, pergh, awal gila bangun! :D Merasa jugak aku rumah bujang. Kalau x kenal dia ni, ntah bila aku akan rasa. :P



Kak Ain, cumil kan. J Sejuk ja mata memandang. Halus orangnya. Penyayang. Pandai mengurut! :D Suka ni bermanja2 dengan kak Ain, menggedik mintak urut. :P Thanks kak. Kak Ain kerja sudah now, bestfriend kak Jue. Rumah diorang la mangsa pertama kesetingganan kami. (eh, yaka? kak Kasma pun macam ya jugak. :P) Baik ar ni kakak, memang nda menyesal la kalau dijadikan bini. :D Pandai memasak, (semua kakak pun pandai masak, :P) mengemas, buat cicah paling mantop! :D



Kak Jue, kakak yang sangat suka ketawa. Kalau melawak, pergh, lucu sampai pecah perut. Bila kelucuan pun ekstrem jugak. Kih3. Paling sensitip bila dipegang bahu. Kalau mau tengok aksi stuntman, silalah pegang bahunya. No insurans included la tapi. Pandai2 tanggung natijahnya sendiri. (aku pernah rasa, sumpah tobat. :P) Penggeli orangnya ni. Cakap ULAR pun macam mau menangis sudah. (apalah beza dengan aku kalau Nampak siput babi? haha) anyway, cute maintain la. Miss u kak! Baik2 d Johor tu. :D



Kak Nana, first kenal tym Majlis Raya ABIM rasanya. :D Ya, rasanya sanalah tu. Kalau x pun before tu, since rajin dipanggil ke pejabat. :D Suka senyum kan? :P Now study d KDH. Pernah menetap di biliknya d KDH tu, sampai kawan Vietnam ka Negara mana tu, keluar bilik sebab kemeriahan kami. Heee, rasa berdosa ni. :P Mengganggu ketenteraman awam betul. Kakak ni melalui cerita dia, dulu teramatlah jajal. Tapi alahamdulillah, sejak menceburi bidang gerakan ni, jadi budak innocent sudah. Tapi kalau bergaduh dengan abg Hilmie, (eh, termention) berbaling fon terus. Fuh. :D
Thanks To ME... :P
Nama: Nurazimah Bongoh
Gelaran: Gyiema Gorgeous
Bornday: 4 Jun

Darjah 6 pernah berjumpa mungkin. (C Jima ja ni ingat.. :P). Sekelas dari form 1 till Asasi UMS. Bestfriend gila2. Apa ja yang dia x tau pasal aku. Semua dia tau. So yangbanyak potensi untuk kasi kuyak aku, minah ni la. Haha. Hampir semua perkara terjadi bersama dia. MTQ, obsess dengan nasyid, camping, program, ABIM, SISMA, all with her. :D Pokoknya, kalau boleh bosan dengan budak ni, lama sudah aku bosan. Haha. Bergaduh? Selalu. Jarang kami mintak2 maaf. Pandai2 sendiri la pujuk hati. But still, kami cool ja. Jeles? Silakan. :D



Eh, nda namapak macam pemalu pun... :D
Nama: Syaidahtull Naseha Ibrahim
Gelaran: Syai Ayu
Bornday: 18 November

Sama macam Jima, sekelas dari form 1. Pemalu gila Syai ni, pendiam apatah lagi. Banyak perkara jugak la dilalui bersama. Pertandingan bola jaring tym sekolah rendah, :P Sebilik selama setahun, pernah bercamping bersama, program di Nabawan, Pitas, usrah dll. Pendiam2 Syai ni, pandai jugak dia meluah dengan aku. Thanks Syai for trusting me. :) Orangnya rajin, sumpah rajin. Pengemas, pembersih dan anak sulung! (ada kaitan? haha)


Ni la kawan aku si Ghost, eh, testing... :P
Nama: Anisa Syuhaila Rasman
Gelaran: Kating Cool
Bornday: 14 April

Minah ni aku bukannya rapat pun dulu, tapi start rapat lepas pindah bilik baru tym asasi. Dengan Syai la jugak. Kegilaan malar berjalan merayau sana sini buat kami kamceng gila. Pendirian agak sama, gila jangan cakap la, kompom. Kalau aku buat hal + nakal, partner tetap, si Kating Shu ni la. Haha. Friends are like ghost? Fav. quotes ni budak. Miahaha. Alhamdulillah, terjoin jugak dia program2 aku, n ditakdirkan pulak kami satu sekolah di UMS. See, jodoh panjang maaa. :P Kesamaan perangai kami agak tidak dirancang, entah sapa rosakkan sapa. kih3.


See, senyum memanjang.. :)
Nama: Najwa Md. Haris
Gelaran: Najwa Smile
Bornday: 11 Febuari

Si kakak cengeng ni, kenal start tym Asasi. Of coz la perbezaan karakter kami buat aku janggal tersangat2 dengan dia, dan merasakan aku x layak berkawan dengan dia. :P But then, adalah kisah antara aku dan Jima (yang funny siot, miahahaha), buat Jima dan Naj rapat, then aku pun terapat sama (start usrah ABIM). Maka begitulah terjadinya penjalinan persahabatan pengkamian. (Merapu!) Well, ni boleh dikira soulmate aku pasal hal2 berkenaan hati. Well, macam ibu2 kan ni orang, selesa la kalau mau heart to heart sama dia. :D Now dia di Perak, meninggalkan kami dalam keadaan aku masih terkilan + geram! :D Tapi, biarlah, semoga kita sama2 berjaya dengan pilihan bidang masing2. ;)


(payah betul mau jumpa gambar budak ni sorang2. c(: )

Nama: Fatin Nazurah Saman
Gelaran: Tatin Tweety
Bornday: 18 Jun

Kenal dari Kem Mendidik Akal Budi. Tapi before tu pun kenal sudah, dengar2 cerita (femes budak ni), pastu, TERrapat gila pulak. Tiada rahsia antara kami katanya, pergh, terharu I. ;) Susah mau jumpa budak ni, tapi orang kata, kalau ukhuwah tu kuat, jarang jumpa pun no hal, tautan hati tetap kukuh. (Pengsan, sejak bila berayat2 ni) Even anak perempuan sulung, manja jugak budak ni (ampun Fatin), suka mencubit dan senang ketawa. Pemaaf dan happy go lucky. Sederhana orangnya, (pembawaan diri, tapi badan, KICIK, nda sederhana pun, haha! Ampun!) Study di UIA. ;)


Untunglah merasa salji... :D
Nama: Shazzny Juni
Gelaran: Nini Awesome
Bornday: 13 November

Another 1 November Girl. Adik bha ni, anak sulung keluarga la tapi. Ni antara kawan yang aku mengikuti perkembangan penghijrahan beliau. Sesungguhnya, penghijrahan yang indah. Tahniah Nini. :) Keep istiqamah. Mungkin, Nini lebih baik daripada kami yang memang moderate dari dulu. Apapun, selamat berjuang kita semua. :D Nini ni, aku kenal betul2 tym asasi. Hee, orangnya banyak cakap, anak mummy, jarang Nampak dia marah. Sekali marah, ambik ko, payah mau berhenti bercakap. :D n mau buat 1 pengakuan ni, Nini, sesungguhnya pukulan anda amat power! :P Kim salam budak Rusia! :D
Fadhlina Siddiq Naib Presiden (Helwa) ABIM
29 Ogos 2012
Lebih Baik Tidak Sekolah - tajuk sebuah buku kecil nukilan Bapak Sujono Samba yang memperkatakan tentang tragedi dan masa depan pendidikan di Indonesia. Dalam perkembangannya sekolah ternyata tidak menjadi media pembebasan dan penanaman nilai-nilai kemanusiaan. Sekolah sudah menjadi penjara yang memisahkan anak didik dari dinamika persoalan masyarakatnya. Semakin lama seseorang bersekolah semakin besar jarak antara dirinya dan realiti kehidupan yang sebenarnya.

Sekolah bukan lagi tempat untuk belajar melainkan tempat murid diarahkan dan dicetak menurut pola yang sudah baku. Dengan demikian, lembaga pendidikan gagal menjalankan tugasnya yang paling dasar, iaitu membantu seorang menjadi manusia yang bebas dan merdeka. Sekolah sudah sepertinya factory atau kilang yang tugasnya hanya mencetak watak-watak manusia A+ dan menolak manusia lain yang hanya mendapat B dan C. Malah yang berstatus D dan F akan terus tersingkir dengan sendirinya.

Di Malaysia tidak kurang keresahannya. Dalam keributan menentukan sistem yang terbaik kita mula meminggirkan aspek teras bangsa dan budaya apabila berterusan meminggirkan Bahasa Melayu dan tulisan jawi. Keranda Bahasa Melayu diusung secara simbolik tanda protes bahawa watak bangsa akan terhapus dengan peminggiran Bahasa Melayu.

Sudah nampak riak akan berlaku kebobrokan dalam aspek nilai dan produk manusia dalam masyarakat dengan meningkatnya gejala sosial dalam kalangan anak muda saban hari.

Dari memaknai soal mendidik asalnya ia sudah menjadi mencetak, tatkala sekolah diperjuangkan untuk rakyat dan pendidikan percuma adalah hak asasi rakyat, aspirasi itu dimatikan dengan pembinaan institusi pendidikan swasta yang terus mematikan hasrat rakyat kononnya ia dibina demi kualiti pendidikan.

Begitulah seterusnya episod-episod menyayat hati dalam isu pendidikan negara yang kemudiannya menjadikan anak-anak kita sebagai eksperimen dan tikus makmal bagi menguji keberkesanan setiap kali dasar pendidikan baru dirombak.

Semua menjadi kalut dan cemas! Ibu bapa sudah tidak ketahuan jadual peperiksaan anak-anak. Guru-guru menggalas beban dengan kelas tambahan dan tuisyen. Anak-anak sudah terobses dengan kecemerlangan akademik atas permintaan pasaran dan prosedur dunia.

Ivan Illich pernah mengejutkan masyarakat dengan gagasan kontroversinya tentang deschooling society (masyarakat tanpa sekolah). Illich meramalkan bahawa jika pengetahuan dan tingkat kedewasaan masyarakat sudah berkembang dengan wajar maka institusi-institusi pendidikan formal tidak lagi diperlukan.

Masyarakat akan mampu menjalankan fungsi pendidikan lewat elemen sosial dan budaya yang luas tanpa harus terikat dengan autoriti perlembagaan seperti sekolah. Ertinya dalam masyarakat ini sekolah sudah tidak diperlukan lagi. Gagasan ini sampai sekarang masih belum terbukti dalam kehidupan konkrit. Tetapi jika dilihat dengan mendalam, maka betapa tepatnya Illich dalam menilai dan mendekripsi peranan pendidikan.

Dalam serba ketidaktentuan arah pendidikan ini, terbitnya buku Excellence Wihout Soul karya Harry R Lewis - membicarakan tentang Universiti Harvard yang sudah kehilangan roh dan menghadapi bencana kehilangan arah tujuan. Ketika Harvard memikul jenama universiti tertua, ternama dan terunggul di dunia, mereka telah melupakan the fundamental job of undergraduate education tanggungjawab dasar terhadap anak didik termasuk to help them grow up, to learn who they are, to search for a larger purpose for their lives and to leave college
as better human beings.

Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara sewajarnya menjaja pendidikan keinsanan yang mana seharusnya ia memaknai sabda nabawi kharu ‘n-nas anfa’uhum li n-nas (orang yang terbaik adalah yang paling berguna kepada orang lain).

Anak bangsa ini harus dididik untuk terus menjadi warga yang baik, anak yang meletakkan sifat keinsanan serta mengangkat darjat karamah insaniyyah serta menjadi manusia yang terus memanfaatkan manusia lain. Ini juga nyata bertepatan dengan kata pujangga Melayu dalam menggambarkan erti manusia yang baik dan bermanfaat itu adalah;

Bagaikan kayu besar di tengah padang,
Rimbun daunnya tempat berteduh,
Kuat dahannya tempat bergantung,
Kukuh batangnya tempat bersandar,
Besar akarnya tempat bersila.
"Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesukaran ada kesenangan!" - Ayat-ayat chenta Allah, surah al-Insyirah, 94:5-6
The Innocence of Muslims filem pendek oleh Nakoula Basseley, 52 tahun, merupakan sebuah tayangan selama 14 minit yang dimuat turun ke laman sosial Youtube sedang hangat diperkatakan oleh umat Islam khususnya. Ini adalah berikutan skrip dan babak yang dilakonkan adalah bertujuan untuk mencela baginda Rasulullah s.a.w dan ajaran Islam itu sendiri. Watak-watak yang dibawa dikaitkan dengan baginda s.a.w dan diubah seluruh maksud sebenarnya sehinggakan ajaran Islam itu berkemungkinan akan dipandang serong oleh mereka yang masih mencari apakah pembawaan Islam dan Rasulullah s.a.w yang hakiki.

Justeru, sebahagian daripada umat Islam daripada seluruh dunia mengambil langkah untuk menjalankan demonstrasi menunjukkan protes terhadap pembikinan video berkenaan. Tunjuk perasaan yang ekstrem juga telah menyebabkan beberapa tragedi meragut nyawa di beberapa buah Negara yang terlibat. Fenomena seumpama ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya akan menjejaskan imej Islam itu sendiri. Rasulullah s.a.w pasti akan suka dan cinta kepada umatnya yang bersungguh-sungguh mempertahankan baginda dan agama Islam. Walau bagaimanapun, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Mari kita mentadabbur potongan ayat al-Quran yang berikut :

“Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa…” [Surah al-Muzzammil, ayat 9-11]

Adalah tidak menjadi kesalahan jika kita ingin berdemonstrasi kerana ingin menunjukkan bahawa kita tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Rasul kita dihina sedemikian rupa. Namun, biarlah bertepatan dengan syariat. Tunjuk perasaan yang melampau sehingga mencarut dengan perasaan marah yang membuak-buak dan bertindak ganas kerana agama kita dihina, itu hanya akan membuktikan dua perkara iaitu perjuangan umat Islam ini adalah issue-oriented dan benarlah bahawa Islam itu mengajar keganasan.

Penulis berpendapat bahawa tindakan yang wajar diambil adalah duduk bertenang dan mengambil iktibar terhadap bagaimana perkara ini boleh diselesaikan dengan sebaiknya dan member kesan jangka panjang. Tiada jaminan bahawa umat Islam yang masih belum faham asas Islam tidak akan terpesong dengan tayangan-tayangan seumpamanya hanya dengan bertindak menunjuk perasaan semata-mata. Adalah lebih baik untuk kita umat Islam belajar mengenal Islam dengan lebih mendalam melalui sumber yang sahih khususnya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penghinaan yang lebih besar adalah apabila umat Islam itu sendiri tidak mahu mendalami Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup malah ada di antara umat Islam itu sendiri yang membenci hukum syariat yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menerima dan menghadapi penghinaan dan celaan yang lebih dahsyat semasa hayat Baginda, tetapi mengapa sahabat-sahabat Baginda tidak mengambil pendekatan menunjukkan protes melalui demonstrasi dan tunjuk perasaan? Ini adalah kerana para sahabat faham akan ajaran Islam dengan sebaiknya dan mampu bertindak rasional serta tidak terburu-buru kerana mengambil kira kesan jangka masa yang amat panjang yang mana bakal dicontohi oleh umat akhir zaman.

Penulis menyarankan agar semua pihak harus bertanggungjawab untuk menerapkan fahaman yang sebenarnya tentang Islam bermula daripada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai dan berterusan kepada masyarakat. Sebahagian masyarakat Islam di Sabah khususnya masih berstatus Islam hanya pada kad pengenalan tetapi sifar dalam pengetahuan mengenai Islam, apatah lagi pemahaman sebenar tentang agama syumul ini. Respon yang ekstrem terhadap penghinaan kepada Rasulullah akan menimbulkan sangkaan tidak baik bagi golongan ini sekiranya mereka tidak diberikan penjelasan sebenar tentang ajaran Islam. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita menunjukkan akhlak yang baik dan seterusnya membuktikan bahawa apa yang ditayangkan oleh video-video yang ingin menyesatkan umat Islam itu adalah tidak benar sama sekali. (^^,)v [statement before di audit...ups]



✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿