"Kadangkala, ada orang yang buat PERANGAI kerana rasa tidak diperlukan... Orang begini perlu diberikan LEBIH PELUANG pikul tanggungjawab yang lebih besar" (Nurul Ain, 2011 : Give & Take)
Thanks atas perkongsian Nurazimah Bongoh...
♥ Never Explain Yourself. Your Friends Don’t Need It. Your Enemies Won’t Believe It ♥
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...
Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
"Kadangkala, ada orang yang buat PERANGAI kerana rasa tidak diperlukan... Orang begini perlu diberikan LEBIH PELUANG pikul tanggungjawab yang lebih besar" (Nurul Ain, 2011 : Give & Take)
Satu2nya gambar raya |
Hazrath Aisha RadhiAllahu Anha said, Holy Prophet Sallallahu Alaihi Wasallam married me in Shawwal and consummated his marriage with me in Shawwal”. Hence she liked for her friends to get married in Shawwal. Sahih Muslim 3312, Tirmidhi 1095, Nisai 3238, Ibn Majah 1990
With pengantin baru (25082012), tahniah kamu!!! Pjalanan kisah cinta yg menarik! :) |
Terima kasih kepada teknologi, orang jauh pun boleh berkongsi kegembiraan... (: |
♥ ''Ketika Allah inginkan dua hati bersatu, Dia akan menggerakkan kedua2nya. Bukan salah satu'' ♥
Get your own Digital Clock
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Ya Allah..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
Lembutkan hatiku untuk mereka..
Ya Allah..
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..
Ya Allah..
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..
Ya Allah..
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku..
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...
Amin Ya Rabbul Alamin.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu... Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya..
Ya Allah, Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu...
Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin...