✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Ijtimak Harakiy Ke-2 & Seminar Siyasah Syar’iyah : Demokrasi dan Pluraliti
Sambutan 50 tahun PKPIM dan 40 tahun ABIM
Tarikh : 22-24 Julai 2011
Tempat : MAEPS Serdang, & Kolej Darul Hikmah Sg. Ramal Dalam


Rombongan ABIM Sabah

Pertama kali berpeluang menyertai seminar gah sebegini... Membincangkan topik demokrasi dan pluraliti.. Pada mulanya memang susah untuk faham.. Almaklumlah... otak suka fikir benda remeh temeh... bila disaji dengan hal2 grand sebegini, fuhh...berkerut seribu juga dibuatnya..mujur ada kertas kerja penceramah disediakan..boleh rujuk kembali istilah2 yang kurang difahami...

Berada dalam gerakan ABIM benar2 membuatkan saya lebih kerap berfikir.. Terngiang2 kata2 YDP ABIM Sabah.. “Kamu kena matang melebihi usia..perlu berfikiran jauh dan luas..jangan sekat pemikiran dengan hal2 biasa sahaja..” Presiden ABIM juga ada berkata..beliau mengenali perkataan2 yang da’bomb sejak menyertai ABIM.. ABIM memperkenalkan istilah2 atau perkataan2 yang jarang digunakan... ‘Umrani misalnya.. Saya sendiri belum tahu apa maksud perkataan itu.. :D Maqasid Syari’ah, Ulul albab... =_= apakah itu??huhu... Nampaknya Si Miezrah kena berusaha lebih tinggi untuk meletakkan diri up sikit untuk membiasakan diri dengan istilah2 grand ini...

Hadhirin Hadhirat Ijtima' Harakiy WADAH-ABIM-PKPIM

Mendengar ucapan berjela2 dari orang2 kuat ABIM amat membuka minda... Kini saya lebih memahami fikrah gerakan.. Apa yang diperjuangkan...Bagaimana jalan yang diambil dalam melaksanakan sesuatu misi..dan banyak lagi.. Andai saja saya mampu mempergiat usaha dalam membantu agama Allah, alangkah bahagianya perasaan... :’)

Muktamar ABIM.. wow!!! Muktamar kedua yang saya hadiri... Jauh berbeza dengan muktamar ABIM Sabah... Perkara2 yang dibincangkan, cara penyampaian, tanzim yang jauh lebih teratur... Hati berbicara, “Could SISMA held a proper muktamar like this one??” Muktamar pertama SISMA, bakal diadakan pada Oktober... ouch....mesti bertambah sibuk ni nanti... tersangat2 memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan senior2...

Sebahagian daripada perwakilan ABIM Sabah
*Pengisian seminar akan di post dalam masa terdekat.. ^_^*

(^^,)v

0 comments:

Post a Comment




✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿