Bismillahirrahmanirrahim..
Berada dalam harakah pastinya akan dihidangkan dengan pelbagai ujian dan dugaan, dari luar mahupun dalam, ada kesedihan dan kegembiraan.. Tatkala dihimpir seribu satu permasalahan, hadapilah dengan tenang.. Jangan mudah melatah.. Kerana jalan dakwah itu tidak pernah sekalipun mudah..
Semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat kita diuji.. Maka berdoalah agar kita mampu menghadapinya dengan iman dan taqwa.. Semoga keikhlasan semakin jitu dan keperibadian semakin unggul..
Semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat kita diuji.. Maka berdoalah agar kita mampu menghadapinya dengan iman dan taqwa.. Semoga keikhlasan semakin jitu dan keperibadian semakin unggul..
Pisahkan masalah peribadi daripada hal jemaah, elakkan penyakit hati dalam jemaah.. Kerana ianya berisiko untuk menyumbang kepada sedikit kepincangan dalam perjuangan.. Mungkin akan keliru tentang apa yang dituju.. Mungkin juga akan luntur semangat juang yang seharusnya tinngi untuk menegakkan agamaNya..
"Hati yang ikhlas tidak perasan akan pujian, tidak terkesan dengan cacian.. Kerana hati itu tahu pandangan siapa yang perlu diutamakan"
0 comments:
Post a Comment