Bismillahirrahmanirrahim..
03 Oktober 2011...
Hampir sebulan di sini, baru sekali berkesempatan bermalam di rumah.. HOMESICK la jugak kalau begini... Kawan2 yang tinggal jauh selalu kata "Sayangnya...kalau aku jadi ko, hari2 aku balik rumah.."
:) Aku bukan seperti kamu, dan kamu bukan seperti aku... Selain kelas yang agak padat, aku juga banyak assignment yang kalau aku aku bawa balik ke rumah, sah2 la tidak akan disentuh langsung... Aku juga ada tanggungjawab lain, DAKWAH.. Masa lapang yang kamu gunakan untuk rehat2 di bilik pada hujung minggu aku gunakan untuk berkhidmat dengan masyarakat..
Orang kata : "Eh, ko ni berkhidmat dengan masyarakat, kenapa ko x berkhidmat dengan keluarga?"
Aku kata : "Bukan aku x mau berkhidmat dengan keluarga, tapi aku pegang janji Allah yang Maha Menunaikan Janji.. Dia kata jika aku membantu agamaNya, maka Dia akan membantu aku mengurus hal ehwal keduniaanku.. Aku yakin Allah akan memudahkan urusan kedua orang tuaku juga since parents aku meredhai perjuangan aku dalam medan dakwah ini.. Secara tidak langsung, diorang jugak menyumbang dalam membantu agama Allah.."
Boleh terima ka jawapan itu? :) Apa jua keadaan, kita harus yakin akan ketentuanNya.. Dia Maha Mentadbir dan Maha Mengetahui akan keperluan hamba2Nya... Jika aku diperlukan di rumah, insyaAllah dia akan memudahkan aku untuk balik ke rumah.. Jika masyarakat lebih memerlukan aku, maka aku akan cenderung untuk membantu membangunkan masyarakat.. ^^,
Siapa kata aku tidak rindu dengan keluarga? Siapa kata aku tidak risau dengan diorang? Siapa kata aku x mahu pulang? Siapa kata aku mengabaikan mereka? Tidak pernah aku lupa mendoakan mereka walaupun dalam 1 waktu solat... Sesungguhnya mereka la buah hati dan kepentingan aku.. Cinta sampai mati...
VS
(^^,)v
0 comments:
Post a Comment