Bismillahirrahmanirrahim.. Moga bermanfaat buat diri ini dan semua.. :)
"Peranan nilai2 keagamaan tidak hanya sebagai penjana kekuatan daya maju, tetapi lebih daripada itu ia adalah penetu survival bangsa. Nilai keadilan misalnya, adalah salah satu nilai teras yang mendasari kehidupan yang harmonis, damai, dan sejahtera. Kesedaran dan komitmen Melayu terhadap nilai dasar inilah yang melahirkan sikap setia bersyarat, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah". Dalam kaitan ini, mungkin ada yang tersentak membaca kata-kata Ibn Taymiyyah tentang peri pentingnya keadilan sebagai faktor survival, bahawa "Allah menolong tegaknya negara adil walaupun kafir, dan tidak menolong tegaknya negara zalim meskipun Muslim. Dunia boleh terus bertahan dengan keadilan bersama kekafiran, tetapi tidak akan dapat bertahan dengan kezaliman walaupun bersama Islam". Terlepas daripada soal menerima atau menolak Ibn Taymiyyah dan pemikirannya, yang penting adalah hakikat betapa besarnya peranan keadilan sebagai faktor survival pada pandangan mata seorang ilmuwan besar" [Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat - Ustaz Siddiq Fadzil]
Sedikit pendahuluan daripada buku berkenaan... Lebih dua bulan memiliki buku ini, baru baca sampai ke topik ketiga... Adeh, minat membaca harus dicari kembali... Membaca amalan mulia... Eh, ya ka? :D Buku kategori hampir wajib dibaca... :)
0 comments:
Post a Comment