✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]

Sambungan...

Islam adalah agama yang unggul dan syumul serta menjadi sumber rujukan siyasah. Orang barat mengatakan bahawa Islam tidak sesuai mengamalkan demokrasi sedangkan orang barat sendiri tidak menghormati anjuran mereka untuk berdemokrasi bila mana mereka tidak mempedulikan apabila Algeria mempertahankan sistem demokrasi.


Sebahagian masyarakat berpendapat bahawa demokrasi adalah urusan penjajahan barat. Kemunduran Islam adalah disebabkan tidak adanya keadilan dan sistem syura tidak diamalkan. Hizbu tahrir berniat untuk mengembalikan sistem khalifah dan telah mencop demokrasi sebagai kufur paling dahsyat.


Tujuan demokrasi di Negara Islam adalah untuk mengelakkan pemerintahan yang memonopoli kuasa seperti yang berlaku di Negara Arab yang lain sehingga berlakunya revolusi dan kebangkitan rakyat apabila pemerintahnya menjalankan pemerintahan kuasa veto. 


Demokrasi juda terkenal dengan sinonimnya iaitu kuasa di tangan rakyat. Ada yang menolak kenyataan ini kerana berpendapat bahawa kuasa itu hanya di tangan Allah semata2. Kuasa rakyat yang dimaksudkan adalah rakyat diberi hak untuk turut terlibat dalam membuat keputusan bagi mengekalkan keharmonian, tetapi hukum Allah tetap tidak diketepikan.


Rasulullah s.a.w pernah berpesan, jangan lantik seseorang yang sukakan jawatan. Jika ditafsir secara harfiah, maka tidak akan ada yang akan mengundi calon2 parti yang berkempen agar mereka dipilih sebagai pemimpin. Namun hakikatnya kita disuruh untuk memilih calon yang berkelayakan sesuai dengan syarat2 untuk menjadi seorang pemimpin. 


Ciri2 orang yang layak menjadi pemimpin antaranya yang bijaksana, berilmu, beriman, beramal, berwibawa dan sebagainya. Terdapat hadis sahih yang menyatakan bahawa masyarakat akhir zaman cenderung untuk memilih orang yang bodoh, syubhah dan lain2 lagi sebagai pemimpin dan kita sendiri boleh menilainya.

Kepelbagaian parti juga bukan menjadi masalah. Ada juga yang berpendapat harus ada hanya satu sahaja jemaah dalam Islam. Namun, tidak ada cegahan dalam syarak yang melarang kewujudan pelbagai jemaah. Tidak menjadi masalah jika wujudnya pelbagai jemaah asal sahaja ia patuh kepada agama dan syarak.

Pelbagai parti politik juga telah wujud, dan kita harus tahu memilih yang terbaik. Jangan ada parti politik yang berorientasikan perjuangan yang keras atau ekstrem. Parti politik yang banyak adalah penting untuk elak kezaliman daripada berlaku. Ada juga pandangan yang mengatakan parti yang akan memecahbelahkan umat. Ianya boleh dikawal dengan mendidik umat untuk melihat masalah yang besar dan menyelesaikannya dengan cara yang betul dan adil.

Bersambung lagi.. (^^,)v
Bismillahirrahmaanirrahiim...
Ya Allah.. Berkatilah umur kami pada bulan rejab dan sya'ban,dan panjangkanlah umur kami pada bulan ramadhan.. Amiin...
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas...
Ya Allah, kami berbesar hati diberi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan yang Kau kurniakan, maka berikanlah juga keberkatan Ramadhan kepada kami dan keluarga kami.. Semoga kehadiran bulan mulia ini mampu meningkatkan kualiti iman kami dan ukhuwah keluarga kami...
Puasa itu adalah suatu perisai atau benteng. Jikalau seseorang kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah berkata keji atau kotor dan janganlah berteriak-teriak atau bertengkar. Jika ada yang mencaci makinya atau menyerangnya atau memusuhinya, hendaklah dia berkata "Sesungguhnya aku sedang berpuasa"
(Peringatan khusus buat diri sendiri dan adik2 serta semua yang akan berpuasa.. :D) 
Mari bersama2 berusaha mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadah..:
Creditted to Mohd Mustaqim, Nurhidayunie, Mohamad Addyn.
(^^,)v







Bersama DSAI, Mantan Presiden ABIM Ke-2.. (23 Julai 2011)


Gathering with ABIM Sabah... Wonderful time.. Thanks to Kak Jihan, Kak Adi, Aunty KY, Kak Anis, Kak Nisaa’, Kak Nana, Fatin, Najwa, Jima, Syai, Fai, Kak Qida, Kak Ain, Kak Anne, Kak Jue, Kak Haiza, Kak Amina, Abg Hilmie, Abg Zuhdi, Abg Yasir, Apeng, Wahid, Razmi, Ardy dan ramai lagi... :’) Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.. Thanks so much.. Semoga ukhuwah kita akan berkekalan... Sangat2 menyayangi anda semua.. Harap maklum... Pengalaman dan kenangan ijtima’ bersama tidak akan dilupakan.. :')



(^^,)v

10 days spent at Miri, with aunty Ating and family.. having a great time at home and places... Thanks all.. Mama n Bapa, tQ mengizinkan.. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali semula ke Sabah.. 10-16 Julai.. wah.. bukan sekejap... :D Puas bermesra, membuli n berkasih sayang dengan kazen2 kicik... Aisyah, Aliff dan baby Luqman.. Macam tu rupanya karenah budak2 bertuah ni!! Thanks auntu ating n acik Zul atas layanan, bantuan dan segalanya sepanjang keberadaan cik Nurhamiezrah Midin di sana.. :D

Siini kami di Marina Bay.. (^^,)

With Kazen2 Kesayangan.. (^^,)


Taman Bulatan, Miri.. (^^,)

Bersama Cik Giraffe..

Taman Bunga Tengah Bandar.. (^^,)

Mashimaro pandai berdiri sudah.. (^^,)

Lady?? Girls and Boys ja ada.. (^^,)

Si Tanggang?? (^^,)

Luar Muzium Petroleum Sains.. (Begitukah namanya?) (^^,)

Bergambar depan muzium ja.. Xda masuk pun.. (^^,)

Eh, mana Luqman??

Sea Horse, untuk dibawa balik ke Sabah.. (^^,)

Marina Bay...

Fokus kepada budak kecik di belakang yang tengah merajuk.. :D

(^^,)v
Ijtimak Harakiy Ke-2 & Seminar Siyasah Syar’iyah : Demokrasi dan Pluraliti
Sambutan 50 tahun PKPIM dan 40 tahun ABIM
Tarikh : 22-24 Julai 2011
Tempat : MAEPS Serdang, & Kolej Darul Hikmah Sg. Ramal Dalam


Rombongan ABIM Sabah

Pertama kali berpeluang menyertai seminar gah sebegini... Membincangkan topik demokrasi dan pluraliti.. Pada mulanya memang susah untuk faham.. Almaklumlah... otak suka fikir benda remeh temeh... bila disaji dengan hal2 grand sebegini, fuhh...berkerut seribu juga dibuatnya..mujur ada kertas kerja penceramah disediakan..boleh rujuk kembali istilah2 yang kurang difahami...

Berada dalam gerakan ABIM benar2 membuatkan saya lebih kerap berfikir.. Terngiang2 kata2 YDP ABIM Sabah.. “Kamu kena matang melebihi usia..perlu berfikiran jauh dan luas..jangan sekat pemikiran dengan hal2 biasa sahaja..” Presiden ABIM juga ada berkata..beliau mengenali perkataan2 yang da’bomb sejak menyertai ABIM.. ABIM memperkenalkan istilah2 atau perkataan2 yang jarang digunakan... ‘Umrani misalnya.. Saya sendiri belum tahu apa maksud perkataan itu.. :D Maqasid Syari’ah, Ulul albab... =_= apakah itu??huhu... Nampaknya Si Miezrah kena berusaha lebih tinggi untuk meletakkan diri up sikit untuk membiasakan diri dengan istilah2 grand ini...

Hadhirin Hadhirat Ijtima' Harakiy WADAH-ABIM-PKPIM

Mendengar ucapan berjela2 dari orang2 kuat ABIM amat membuka minda... Kini saya lebih memahami fikrah gerakan.. Apa yang diperjuangkan...Bagaimana jalan yang diambil dalam melaksanakan sesuatu misi..dan banyak lagi.. Andai saja saya mampu mempergiat usaha dalam membantu agama Allah, alangkah bahagianya perasaan... :’)

Muktamar ABIM.. wow!!! Muktamar kedua yang saya hadiri... Jauh berbeza dengan muktamar ABIM Sabah... Perkara2 yang dibincangkan, cara penyampaian, tanzim yang jauh lebih teratur... Hati berbicara, “Could SISMA held a proper muktamar like this one??” Muktamar pertama SISMA, bakal diadakan pada Oktober... ouch....mesti bertambah sibuk ni nanti... tersangat2 memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan senior2...

Sebahagian daripada perwakilan ABIM Sabah
*Pengisian seminar akan di post dalam masa terdekat.. ^_^*

(^^,)v
Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah dan ABIM Sabah, banyak mengajar aku cara memperbaiki kualiti hidup dan kualiti sebagai seorang muslimah.. :’) Aku bahagia bersama jemaah ini.. Aku semakin tau mengenai Islam.. Melalui ahli2nya, pengisian2nya.. aku dapat 1 kunci kebahagiaan.. Bagaimana untuk mengekalkan ukhuwah yang utuh.. The key is, JEMAAH.. Do all possible things together.. Solah, Usrah, Do’a, Work, and many more... The things that I do rarely at home.. Then I realize, I need to bring the changes to my home...with my family.. Now I begin, slowly.. Less is more.. Slowly is better.. I want to make my family understand first.. So then it’ll work smoothly..  (^^,)



Since I fall in love with Islam with the help of this harakah.. I start to ignore the worldly love... I try to distance myself with my BF, n now.. I already have no special feeling towards him..but my love grows stronger to Him, My Creator.. and I can focus more on my family, my study, n my jemaah.. then I feel, relief...so calm..so comfortable.. Now I know, the beautiful of Islam.. Thanks to Allah, for let me know, let me change at my young age.. :’)


Dulu aku lain, sekarang aku lain.. dan Alhamdulillah kelainan itu adalah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik.. Aku tertarik atas pembawaan ABIM, yang bersikap sederhana..tidak memaksa orang untuk berubah..tetapi, aku sendiri rasa keperluan untuk berubah..

Teringat kembali kata2 Umi Faridah, pandang sesuatu melalui pandangan Islam, pandangan Rasulullah, bukan melalui pandangan sesuatu kaum, jemaah atau pandangan sendiri.. Dahulu, aku ragu2 untuk mengikut mana2 jemaah Islam, atas sebab aku serba kekurangan dalam segala hal.. Namun, ABIM menerima aku seadanya dan membentuk diri aku sedikit demi sedikit.. Pendekatan sebeginilah buat aku rasa selesa dan ingin terus bersama ABIM.. :')



ABIM tidak menolak sesiapa yang inginkan perubahan, yang mahu mengenal Islam, yang mencari ilmu... ABIM menerima semua orang, tidak kira latar belakang... Dakwah itu sesuatu yang luas, dakwah untuk semua.. Dan semua orang berhak menerima dakwah.. :')

(^^,)v
18 Julai 2011..

Today my programming class begin.. 1st day, I already late.. I gave a bad 1st impression.. ouch, memalukan.. lewat setengah jam!!



Perjalanan yang pusing2, jauh dan tanpa kereta memerlukan beberapa kali naik bas dan berjalan jauh.. ditemani beban2 yang amat berat di bahu dan di tangan..tetap kugagahkan diri melangkah ke megalab UMS..TABAH!! tu saja yang aku mampu..

Masuk ke kelas dengan keadaan yang penat, tidak mengenali sesiapa melainkan abg Hilmie n Dr. Abdullah.. Duduk dengan senior student dan pensyarah.. Fuh!!! Better daripada datang lambat tapi duduk di depan..
Dr. mengajar macam biasa.. Dengan lawak2nya.. Aku pula terpinga2.. Entah apa yang dibicaranya.. Cuba menelaah apa isi penyampaiannya.. Alhamdulillah, dapat juga menganalisa.. Tapi, bila di bagi task.. Aku mula.... “Apa benda yang disuruh buat ni??” haha.. Aku bingung sendiri...terkapai2....saat itu aku mau menjerit, “Abg Hilmie!!tolong saya sini!!!” haha... tapi, aku pendamkan saja.. mau saja aku panggil Dr., minta dia jangan bagi task yang pelik2..(pelik bagi aku, tapi bukan kepada yang lain)...

Kelas berjalan seperti biasa, dan aku duduk tenang tanpa belum faham sepenuhnya apa itu programming dan apa yang perlu aku buat di laptop itu.. Sampai satu masa, “Miezra, jangan ko duduk belakang sana.. Teda apa2 ko dapat kalau di belakang, sini kau di depan..”


Arghhh!!!! DR ABDULLAH!!!! Huwaaaa....saya mau balik!!!! Dushhh...macam ada batu kena di kepala... hampehnya perasaan..haha...duduk depan, ngam2 dekat screen (tapi membelakang), penat balik2 menoleh..
4.30, yes!! Kelas tamat... Dengan perasaan bercampur baur, first day sudah dibagi assignment.. Naaa...what I gonna do....=_= Tengah melayan bingung, terdengar abg Hilmie panggil Dr., “syeikh”.. hahahaha...lawak!!! boleh2nya pulak anda terlupa anda di mana.. :D

Iklan sekejap.. Selepas difikirkan, then we decide to meet YDP at his office tomorrow, mau siapkan assignment sebelum dikutuk depan2 dalam kelas.. :D *Wondering, apa pula kejadiannya di kelas esok hari*

(^^,)v
(^^,) Thanks to all... Mak, Bapa.. thanks sebab menjaga dan mendidik diri ini dengan baik selama 19 tahun.. mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, dosa, kekurangan dan mohon dihalalkan segalanya.. Semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat.. :’)

16 Julai, flight back to Sabah.. Disambut oleh kak Ayusz, Najwa.. Surprised by kehadiran Jima n Anne.. So sweet la kamu...really2 unexpected.. BTW, Thanks... Then dibawa ke pejabat ABIM, disambut pulak dengan garam n ajinomoto oleh abg Zuhdi n abg Hilmie.. Bertuah punya kamu!! Haha.. thanks sebab x jadi simbah saya dengan benda2 tu semua.. kalau tidaak... grrr... :’) Kak Adi, Kak Umi n Pakcik Zik, makasih datang sekali.. (^^,)  For abg Yasir, haha..thanks atas aiskrimnya..walaupun abg x join sekali.. :’)


Kek sponsored by?? :) I myself dunno.. But, Thanks.. :)


Dari kiri, abg Zuhdi pelawak tetap, abg Hilmie chef of the day (masak nasi goreng), Kak Umi (now at Sandakan), Me, Kak Adi palind sporting, Jima besfren since 2008, Anne sahabat dari perut mama, n Najwa sahabat sejati.. (^^,)


2 dari kiri, Kak Ayusz.. Kakak Mithali.. :) Thanks very2 much kak...

After jamuan n usrah ringkas di pejabat, (THANKS SO MUCH ALL..), mama ambik..bawa pula ke 1B..adik2 mau pegi makan2.. Walaupun penat, tapi gagahkan juga.. :’) No reason to disappoint my lovely family.. Missing them damn much.. even baru 10 hari berjauhan dengan diorang berbatu2 jauhnya.. :D

Well, disaat kita tertawa, ada pihak lain yang mungkin berduka.. My special present is, I got Math & Comp. Graphic Course.. How happy I am.. Tapi beberapa sahabat yang lain, x dapat first choice.. Saya juga turut terkilan.. Gembira memang gembira, tapi saya x mahu kegembiraan itu diraih sendiri2.. I want to share with them.. (+_+)

Apa2 pun, apa jua ketentuan Allah, laluilah dengan cara yang terbaik.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Abg Hilmie, please do more effort... It’s not about u don’t deserved it.. I know that there will be some mistake.. Najwa, Be strong ya.. keep ur effort... kalau ada rezeki, insyaAllah adalah 2..tapi jangan putus asa dulu ya... Jima, boleh tahan juga course yang ko dapat tu.. bolehlah bekerjasama dengan syai n naj..so nanti ada program, kamu la jadi ketua chef.. (^^,) Anisa @ kating.. :) Tahniah ya... walaupun x dapat yang 1st, yang ko dapat ni x kurang hebatnya juga..  Kak Aimie, dapat d UITM Shah Alam.. Semoga dapat menghadapinya dengan redha.. Congratz kak.. So semua, sama2 lah kita berjuang ya.. GoodLUCK!! (^^,)

(^^,)v



✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿