✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Bismillahirrahmanirrahim..

:) Looks funny kan? Macam pengantin lelaki larikan diri.. :P Credited to Lyla Anis atas ideanya.. ;)

Simbolik kepada status masih belum berpunya dan masih belum berfikir kearah itu... ^^,

Umpamanya sekarang ini zaman kawan2 bertemu jodoh... 2 orang kawan sudah bertunang, 3 orang sudah berkahwin, seorang mau merisik, seorang lagi bercinta kembali.. Aku? haha...cukuplah bercinta monyet dulu.. Sekarang masa untuk fokus kepada benda penting lain.. Belum ada masa untuk fikir tentang jodoh, kerana aku bahagia tanpa terikat.. (^^,) Oh indahnya hidup... Kepada mereka2 yang telah berkahwin, selamat berbahagia dengan pilihan masing2... Yang telah bertunang, semoga mampu bersabar dengan dugaan2 yang bakal mendatang.. Yang baru mahu melangkah, Good Luck!! Jangan lupa istikharah..perkahwinan bukan benda main2.. Yang bercinta balik tu, :) Take care ya... Jangan diulang kesilapan lama..

Cyntaku.. :

Mama, Bapa, Adik Beradik, Keluarga lain..
Wadah, ABIM, SISMA..
ASASI UMS, 1st batch..
MCG.. (^^,)v
Bismillahirrahmanirrahim..

03 Oktober 2011...

Hampir sebulan di sini, baru sekali berkesempatan bermalam di rumah.. HOMESICK la jugak kalau begini... Kawan2 yang tinggal jauh selalu kata "Sayangnya...kalau aku jadi ko, hari2 aku balik rumah.."

:) Aku bukan seperti kamu, dan kamu bukan seperti aku... Selain kelas yang agak padat, aku juga banyak assignment yang kalau aku aku bawa balik ke rumah, sah2 la tidak akan disentuh langsung... Aku juga ada tanggungjawab lain, DAKWAH.. Masa lapang yang kamu gunakan untuk rehat2 di bilik pada hujung minggu aku gunakan untuk berkhidmat dengan masyarakat..

Orang kata : "Eh, ko ni berkhidmat dengan masyarakat, kenapa ko x berkhidmat dengan keluarga?"

Aku kata : "Bukan aku x mau berkhidmat dengan keluarga, tapi aku pegang janji Allah yang Maha Menunaikan Janji.. Dia kata jika aku membantu agamaNya, maka Dia akan membantu aku mengurus hal ehwal keduniaanku.. Aku yakin Allah akan memudahkan urusan kedua orang tuaku juga since parents aku meredhai perjuangan aku dalam medan dakwah ini.. Secara tidak langsung, diorang jugak menyumbang dalam membantu agama Allah.."

Boleh terima ka jawapan itu? :) Apa jua keadaan, kita harus yakin akan ketentuanNya.. Dia Maha Mentadbir dan Maha Mengetahui akan keperluan hamba2Nya... Jika aku diperlukan di rumah, insyaAllah dia akan memudahkan aku untuk balik ke rumah.. Jika masyarakat lebih memerlukan aku, maka aku akan cenderung untuk membantu membangunkan masyarakat.. ^^,

Siapa kata aku tidak rindu dengan keluarga? Siapa kata aku tidak risau dengan diorang? Siapa kata aku x mahu pulang? Siapa kata aku mengabaikan mereka? Tidak pernah aku lupa mendoakan mereka walaupun dalam 1 waktu solat... Sesungguhnya mereka la buah hati dan kepentingan aku.. Cinta sampai mati...


VS 



(^^,)v
Bismillahirrahmanirrahim...

Lama x update, bukan setakat kerana sibuk, tapi juga malas.. :D

Hari ini (03 Okt. 2011), kelas math 8.00-11.00 dibatalkan, ambil kesempatan untuk menaip sesuatu sebelum mula menyiapkan assignment yang semakin menggunung.. 4 bulan sunyi tanpa kerja, sedikit berkarat otak ini nampaknya..

30 Sept. - 2 Okt. 2011, mengikuti program Tamrin Nuqaba' ABIM.. :) Sungai Biru, Ranau.. Walaupun bilangan peserta tidak begitu ramai, tapi just nice.. Program dijalankan dengan lancar.. Kuantiti itu tidak berapa penting jika dibandingkan dengan kualiti.. :)

Tamrin kali ini sangat menarik.. Sangat2 menarik... Pengisian oleh para penceramah diiringi oleh bunyi air sungai yang mengalir, burung2 yang berkicau, dan angin yang bertiup lembut.. Nyaman rasanya dan lebih muda menghadam segala yang disampaikan kepada kami.. :)

Tidur di dalam chalet, pemisahan di antara muslimin dan muslimah dalam beberapa slot, aktiviti dalam sungai, Wow! Seronok! :) Kali ini, alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencuba pelbagai perkara.. Imam solat Subuh dan bacaan mathurat, pengerusi slot bersama Aunty Rukiah n pengucapan awam selama 4 minit..haha.. (suppose to be 5 minit.. :P)

Ya..penat..tapi, mana ada perjuangan yang mudah.. Hari ketiga kami diberi task untuk melawat ke rumah2 di sekitar daerah Lohan.. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke satu rumah ke rumah yang lain.. Maksimum 3 buah rumah.. Tugasnya? Beramah mesra dengan penduduk kampung dan gain beberapa maklumat.. Very enjoy.. Macam2 perangai masyarakat boleh dilihat.. Paling tidak boleh dilupakan, nenek 94 tahun mengaku berumur 200 tahun..haha...adeh... :P

Balik ke asrama, then tidur..hihi... Mujur sudah jamak solat ketika masih di Ranau.. Sempat ziarah anak2 di Rumah Putera Harapan.. Hmmm, setiap kali ke sana, sedih melihat kebajikan mereka yang kurang terurus.. Tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk buat mereka mengamalkan apa yang telah di ajar kepada mereka.. Aduhai....

Coklat mariii!!! ^_^ Thanks to abg Hilmie atas coklat2 yang dibelikan.. Kami semua gumbiraa melihat coklat2 yang dibawa itu.. (Lama menunggu kiriman sampai..:P)

Oh Najwa, insyaAllah selamat sampai di Jakarta.. Hmm... terkilan x sempat jumpa sebelum berangkat ke sana.. Hadiah pun hanya mampu dikirim..huhu... Kehilangan pasti terasa walaupun ada ahli geng yang baru, yang sebijik sebijan dengan Najwa Md. Haris...

Gambar2 masih belum diambil dari mereka2 yang berkenaan.. Will update later! ;)


(^^,)v
Bismillahirahmanirrahim..



Kadang2 kita lebih fokus melihat tanda-tanda al-Qadar pada alam, air dan lain-lain dipersekitaran. Sedangkan tanda mendapat al-Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya "diangkat" oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat al-Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas "malam tadi" (malam yang dirasakan malam al-Qadar) apakah sudah berubah, terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya, kita telah mendapat malam al-Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya, malam al-Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam al-Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah "bertamu dalam hati" orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari Syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan "hati kecil" yang suci dan baik. Kedua, bisikan "hati besar" yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara Malaikat dan Syaitan. Antara ilham dan was was. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh "penakluknya".

Orang yang mendapat malam al-Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan, maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam al-Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara. Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam al-Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Selanjutnya di I Luv Islam..

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu.. Menitis air mata tatkala merindu… Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh… Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini.. Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

(^^,)
From : Najwa Haris
Date : 21/ 08/ 2011
Time : 6.59 pm

One message received.. “Asalamuailaikum. Mom aq kata, insyaAllah, 9 sept ni bru aq d terbangkan k Jakarta indonsia. InsyaAllah..”

One word to describe the feeling.. ALHAMDULILLAH.. But then, airmata mencurah2... Bersyukur, tapi..berat hati.. Tahniah Najwa, akhirnya doamu terkabul.. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, diuji dengan dugaan yang x henti2, akhirnya berita gembira yang ko dapat berkat kesabaran ko...

One question, mampukah kami membiasakan diri bergerak tanpa ko? SISMA still need u for sure....apatah lagi kami2 ni.. Ko seja yang rajin menegur kalau kami wat salah.. Gaduh mana pun kita, bertacing2 sesandi mana pun, tetap jugak kita besfren kan... huhu.. Najwaaaaa.... *SpeechlesS*













(^^,) v




✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿