✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,
Kurniakanlah kami lisan yang basah mengingati dan menyebut namaMu,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,
Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu..

Ya Allah,
Kurniakanlah kami iman yang sempurna,
Hati yang khusyuk,
Ilmu yang berguna,
Keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul,
Selamat dari segala mara bahaya dan petaka,
Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.



Berikanlah kami Ya Allah,
Iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar,
Atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,
keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama kami.

Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri ;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih mudah dan cepat,
wahai Tuhan yang memperkenankan doa.. (Perkenankanlah).

Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia,
kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.

Amiin...

P/S : Jadikanlah mathurat sebagai amalan pagi dan petang.. (^^,)v
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a: 

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t
Fa iza ‘azzamta fatawakkal ilallah.... Setelah kamu berazam dan bertekad..berserah bulatlah pada Allah Ta’ala.. Tiada yg mustahil di sisi Allah...

Bukankah sahabat yang baik sentiasa mengingatkan saudaranya... Dikala sedih dan gembira, ia sentiasa menjadi pembakar semangat kepada sahabatnya...

Kapal perjuangan akademik kadangkala dipukul badai dan ombak besar, kadangkala lari dari haluan sebenar... Hanya mereka yang punya semangat juang yang tinggi mahu mencipta dan mengkaryakan sebuah kejayaan sahaja yang akan berjaya sampai ke destinasi...



Renungkan nukilan di atas wahai miezra... Semoga kamu berjaya juga mengubah hidup kamu dan keluarga kamu....

Itulah antara kemenangan hakiki sebenarnya.. Dapat mengubah hidup kita kepada lebih takut pada Allah... Ilmu yang kita peroleh menyebabkan kita semakin kagum akan kehebatan Allah...

Betapa Agungnya DIA, tak terkalah walau dengan apa pun di mana pun dan siapa pun....

(^^,)v
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Biro Siswazah Muda Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Sabah (SISMA) telah mengadakan Program Kami Prihatin pada 12-14 Ogos 2011 di Rumah Putera Harapan, Ranau.

Pada masa yang sama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah dan Telekom Malaysia juga mengadakan Program Ihya Ramadhan : Membina Insan Bertaqwa pada 13-14 Ogos 2011 di Kampung Tinutuan dan Kampung Timbua Ranau.




Biro SISMA pada mulanya bertanggungjawab mengendalikan program Kami Prihatin, namun 3 orang dari muslimah SISMA terpaksa diserap untuk mengikuti program Ihya Ramadhan untuk turut serta memberi sedikit pengisian kepada penduduk kampung.


Kami memulakan program pada hari pertama di kampung Tinutuan. Perjalanan untuk ke sana dari Pekan Ranau mengambil masa lebih kurang sejam walaupun jaraknya tidaklah sejauh mana. Namun, keadaan jalan yang tidak berturap menyukarkan lagi perjalanan.



Sampai sahaja di Tinutuan, kami disambut meriah oleh penduduk kampung yang beragama Islam yang majoritinya adalah mualaf. Saya boleh tafsirkan raut wajah mereka seolah-olah mengharapkan suatu pengisian yang mampu meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap agama syumul yakni Islam.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Yang DiPertua ABIM Sabah, seterusnya ucapan ringkas daripada imam kampung Tinutuan. Program kemudiannya diteruskan dengan pembahagian kumpulan iaitu kumpulan kanak-kanak, belia muslimin dan muslimah serta warga senior muslimin dan muslimah. Mereka diterangkan mengenai asas-asas fardhu ain seperti bacan dalam solat, konsep thaharah, akidah dan lain-lain lagi.


Selesai solat Zohor, program diteruskan dengan praktikal Solat, Tayamum, Istinjak dan cara menyucikan najis. Sementara menunggu waktu Asar, masa yang terluang diisi dengan sesi soal jawab mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga miskin pula dilaksanakan selepas solat Asar.

Pada waktu Maghrib pula diadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung, disusuli dengan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib, Solat Isyak dan Solat Terawih. Kemudian kami berangkat pulang ke Rumah Putera Harapan. Sesungguhnya pengalaman bersama para mualaf di pedalaman ini cukup memberi kesedaran bahawa pentingnya penghayatan ilmu agama secara istiqomah agar akidah tetap terpelihara.



Perjalanan diteruskan lagi ke kampung Timbua pada keesokan harinya yang mengambil masa lebih kurang setengah jam dari kampung Tinutuan. Aktiviti yang dilaksanakan adalah lebih kurang sama dengan aktiviti di kampung Tinutuan. Cuma keadaannya nampak lebih baik sedikit kerana kawasannya yang agak luas dan kemudahan seperti surau, bilik air dan tempat wudhu lebih selesa.

Program selama dua hari ini amat mencabar ketahanan fizikal dan mental, namun tidak ada jalan mudah untuk menyebarkan dakwah. Program tahunan ini diharap dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi untuk memantau perkembangan saudara-saudara yang jauh di pedalaman. Sumbangan seperti beras, minyak dan gula juga turut diedarkan sebagai tanda keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Disediakan oleh : Nurhamiezrah Midin, Ahli Biro Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah. 

(^^,)v

Sambungan...

Islam adalah agama yang unggul dan syumul serta menjadi sumber rujukan siyasah. Orang barat mengatakan bahawa Islam tidak sesuai mengamalkan demokrasi sedangkan orang barat sendiri tidak menghormati anjuran mereka untuk berdemokrasi bila mana mereka tidak mempedulikan apabila Algeria mempertahankan sistem demokrasi.


Sebahagian masyarakat berpendapat bahawa demokrasi adalah urusan penjajahan barat. Kemunduran Islam adalah disebabkan tidak adanya keadilan dan sistem syura tidak diamalkan. Hizbu tahrir berniat untuk mengembalikan sistem khalifah dan telah mencop demokrasi sebagai kufur paling dahsyat.


Tujuan demokrasi di Negara Islam adalah untuk mengelakkan pemerintahan yang memonopoli kuasa seperti yang berlaku di Negara Arab yang lain sehingga berlakunya revolusi dan kebangkitan rakyat apabila pemerintahnya menjalankan pemerintahan kuasa veto. 


Demokrasi juda terkenal dengan sinonimnya iaitu kuasa di tangan rakyat. Ada yang menolak kenyataan ini kerana berpendapat bahawa kuasa itu hanya di tangan Allah semata2. Kuasa rakyat yang dimaksudkan adalah rakyat diberi hak untuk turut terlibat dalam membuat keputusan bagi mengekalkan keharmonian, tetapi hukum Allah tetap tidak diketepikan.


Rasulullah s.a.w pernah berpesan, jangan lantik seseorang yang sukakan jawatan. Jika ditafsir secara harfiah, maka tidak akan ada yang akan mengundi calon2 parti yang berkempen agar mereka dipilih sebagai pemimpin. Namun hakikatnya kita disuruh untuk memilih calon yang berkelayakan sesuai dengan syarat2 untuk menjadi seorang pemimpin. 


Ciri2 orang yang layak menjadi pemimpin antaranya yang bijaksana, berilmu, beriman, beramal, berwibawa dan sebagainya. Terdapat hadis sahih yang menyatakan bahawa masyarakat akhir zaman cenderung untuk memilih orang yang bodoh, syubhah dan lain2 lagi sebagai pemimpin dan kita sendiri boleh menilainya.

Kepelbagaian parti juga bukan menjadi masalah. Ada juga yang berpendapat harus ada hanya satu sahaja jemaah dalam Islam. Namun, tidak ada cegahan dalam syarak yang melarang kewujudan pelbagai jemaah. Tidak menjadi masalah jika wujudnya pelbagai jemaah asal sahaja ia patuh kepada agama dan syarak.

Pelbagai parti politik juga telah wujud, dan kita harus tahu memilih yang terbaik. Jangan ada parti politik yang berorientasikan perjuangan yang keras atau ekstrem. Parti politik yang banyak adalah penting untuk elak kezaliman daripada berlaku. Ada juga pandangan yang mengatakan parti yang akan memecahbelahkan umat. Ianya boleh dikawal dengan mendidik umat untuk melihat masalah yang besar dan menyelesaikannya dengan cara yang betul dan adil.

Bersambung lagi.. (^^,)v



✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿