✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]


Ya Allah..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka..
Perindahlah ucapanku di depan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan,
Lembutkan hatiku untuk mereka..


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan,
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku..
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan..
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku..
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku..
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka,
Dengan perkenan-Mu ya Allah..
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda..


Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
Di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir..
dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.


Amin Ya Rabbul Alamin.. (^^,)v

"Subhanallah.. Seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim.. Tidak lunak dalam berbicara selain buat zauj tercinta.. Segan berkongsi cerita selain yang halal baginya.. Kerana percayalah, bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang, cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya daripada akhwat juga.. Jangan biarkan syaitan menjadikan indah persahabatan dengan lelaki di matamu.. Ayuh perbaiki diri.. Selagi nyawa dikandung badan.. Pintu Syurga masih terbuka.."

Kak Aimi gave me, Then I share it with U.. (^^,)v

"Ya Allah, izinkan insan ini menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi kelopak akhlak mulia.. Harum wanginya dengan ilmu agama.. Cantiknya kerana iman dan taqwa.. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi.. Biar menjadi rahsia yang kekal abadi.. Bukan perhatian mata ajnabi.. Yang menjadi fitnah dari lelaki yang berjiwa sepi.. Wajahnya bukan untuk mengundang dosa.. Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati.. Yang memudarkan kecantikan diri.. Untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari Syurgamu... Amin2.. InsyaAllah.."

Buat ukhti2 yang dikasihi keranaNya (^^,)v



Mulakan Setiap Langkah Ke Arah Kebaikan itu Dengan Lafaz Bismillahirrahmaanirrahiim..

(^^,)v

Trusting Allah would not make the mountain smaller, but will make Climbing easier

Do not ask him for a lighter load, but ask Him 4 a Stronger back


(^^,)v



✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿