✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia selalu cemburu pada yang berharta, sedangkan mereka seharusnya bersyukur kerana yang miskin itulah yang selalu ingat padaNya..


Manusia selalu mengeluh bila mana sendirian tanpa ada sahabat tempat bergantung, sedangkan mereka seharusnya sedar, Allah mengujinya dengan cara begitu agar manusia itu hanya bergantung kepadaNya..


Manusia selalu mengadu sering diberi kesulitan dan kesusahan, kerana mereka tidak tahu sebenarnya Allah rindu akan rintihan dan permohonan hamba2Nya yang memerlukan Dia..

Manusia rindukan kemeriahan dan gurau senda rakan, sedang hakikatnya kesunyian itu adalah kurniaan untuk mereka lebih ‘mesra’ dengan Pencipta..

Manusia, membazirkan airmata tika tidak sengaja membuat salah, tapi kedekut untuk mencurahkan air mata menangisi dosa2 pada Yang Esa..

Kadang manusia lalai, cenderung untuk lupa, selalu alpa dan sememangnya mudah leka.. Ya, kerana di mata manusia itu bila sempurna, maka lupalah dia, bila kurang mengeluh la dia... Jarang benar manusia itu bersyukur...


Peringatan buat diri sendiri yang selalu sahaja rasa terpinggir dan berduka, rasa sunyi secara zahirnya, rasa terkilan tidak semena2, kurang peka pada hikmah ketentuanNya..


Tatkala bersendiri muhasabah diri, baru terasa manisnya ujian itu... Manis tidak terkata.. Sungguh benarlah janji Allah...:


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[al-Baqarah, 2:155-157]

Rasulullah juga pernah mengungkapkan :
“Menakjubkan sungguh urusan mukmin. Baginya ada kebajikan dalam semua urusannya, dan ini hanya bagi mukmin. Jika sesuatu yang menyenangkan terjadi, ia bersyukur, dan itu baik baginya; dan ketika sesuatu yang menyusahkan terjadi, ia bersabar, dan itu baik baginya.” (Muslim)

Kata2 Hikmah lagi Bijaksana :

"Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa,lantas tidak pernah meminta ampunan daripada Allah yang Esa, dialah orang yang paling berdosa dan Allah tidak akan mengampunkanNya. Maka nerakalah tempat baginya untuk selama-lamanya.

Sedangkan orang yang merasakan dirinya penuh dengan dosa, lantas dengan penuh kesungguhan bertaubat meminta keampunan daripadaNya, dialah orang yang bebas daripada dosa kerana Allah telah mengampunkanNya. Maka syurgalah baginya, untuk selamanya..."

Wallahu'alam..

P/S : Hari ini awal pagi lagi dapat tazkirah percuma.. Tengah malam pun dapat jugak.. Indahnya ukhuwah kerana Dia.. Terima Kasih.. (^^,)v
Bismillahirrahmanirrahim... 
Menyelusuri Sirah Nubuwwah
Melihat kepada kaedah Nabi SAW dalam menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam masyarakat Arab Jahiliyyah, kita pasti akan menemukan dengan penawar yang paling mujarab dan berkesan untuk merawat penyakit sosial yang berlaku.

Nabi SAW tidak terus ke pusat-pusat zina di Mekah dan menghambat penzina tegar dengan bambu dan sebagainya. Baginda SAW tidak terus melancarkan operasi menghancurkan gudang-gudang arak dan membakar pusat-pusat judi di Mekah. Baginda SAW tidak juga mengarahkan para sahabat r.a. yang ada bersama-samanya untuk menghancurkan berhala-berhala Lata, 'Uzza dan Sam yang begitu banyaknya di keliling Kaabah. Memang ada, tetapi bukan ketika peringkat awal dakwah Islam berlaku di tanah Arab.

Jadi apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW? 

Aqidah. Baginda SAW mengajak para sahabat r.a. dan sesiapa sahaja yang mahu mendengar risalah yang dibawanya, supaya membebaskan diri mereka daripada perhambaan sesama manusia dan perhambaan kepada dunia material, dan menghambakan diri mereka kepada Tuhan yang satu; Allah 'Azza Wajalla. Dan apabila mereka dapat menerima konsep ini dengan sepenuh hati, taat sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya, barulah Nabi SAW mula menyuruh mereka meninggalkan arak, melarang judi, melarang mereka memakan babi dan bangkai, menutup aurat dan sebagainya.

Nabi SAW merawat punca sebenar penyakit masyarakat ketika itu, barulah baginda SAW merawat simptom-simptom penyakit yang lain. Subhanallah.. Setelah masyarakat bangun daripada lena mereka, mula faham tujuan utama mereka dijadikan sebagai manusia di bumi Allah ini dan sedar mereka ada tanggungjawab yang lebih besar daripada makan, tidur, bekerja, kahwin dan bersuka ria, barulah masalah-masalah lain yang membelenggu dan menghantui masyarakat ketika itu dapat diselesaikan. Yalah, penyakit utama dapat disembuhkan, kudis dan kurap pun hilanglah!

Dan kesannya? Jika ketika itu sudah ada ijazah kedoktoran, pasti baginda SAW sudah pun menerima ijazah dan penganugerahan yang tertinggi kerana baginda SAW berjaya menyelesaikan  dan merawat kudis dan kurap yang dihidapi oleh masyarakat ketika itu dengan begitu berkesan sekali! Bayangkan, sebelum datangnya Islam, kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah begitu terkenal dan menakutkan sekali sehinggakan dua empayar besar ketika itu, Rom dan Parsi tidak mahu campur tangan dalam sebarang urusan di tanah Arab ketika itu. Barbariknya masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu sehinggakan kehidupan mereka tidak ubah seperti binatang, malah lebih teruk lagi.

Kedatangan Nabi SAW membawa cahaya baru kepada masyarakat Arab jahiliiyah. Baginda SAW merawat dan mendidik mereka, membentuk dan mentaujih mereka, sehinggakan mereka berjaya diuabh dan mengubah dunia. Walaupun Nabi SAW tidak berkesempatan melihat gahnya empayar Islam suatu hari nanti, para sahabat r.a. meneruskan legasi baginda SAW, menggunakan metod dan kaedah yang sama dalam merawat dan mendidik masyarakat. Dan nah! Islam gah di mata dunia sebagai professor, ustaz kepada alam.

Namun, kaedah Nabi SAW semakin dilupakan. Kaedah baginda SAW kini dilihat sebagai jumud, ketinggalan zaman dan tidak mungkin dapat diaplikasikan pada era moden ini. Benarkah begitu? 

Rahmat Seluruh Alam
Sekiranya Nabi SAW hanya diturunkan untuk orang Arab dan hanya relevan untuk zaman purbakala sahaja, maka nescaya Allah akan menurunkan nabi dan rasul lagi selepasnya. Tetapi baginda SAW adalah khatimul anbiya', penutup bagi segala nabi dan rasul. Lebih utama lagi, baginda SAW adalah rahmat untuk seluruh alam.

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” 
Surah al-Anbiya', 21:107

Maka, sekiranya baginda SAW diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam, pastinya baginda SAW juga adalah rahmat untuk kita pada hari ini. Ya, baginda tiada lagi bersama-sama kita pada hari ini. Tetapi ajarannya, legasinya masih segar dan utuh bersama-sama kita dalam bentuk al-Quran dan as-Sunnahnya.

Terpulang kepada kita sama ada kita mahu mengambil kaedah dan metod yang digunakan baginda SAW dalam merawat kudis dan kurap yang berleluasa di kalangan masyarakat. Telah terbukti cara yang digunakan dan diaplikasikan baginda SAW amat berkesan.

(^^,)v

Full text, visit : Kita dan Kudis
Bismillahirrahmanirrahim..

^^, Tertarik baca notes yang orang share ni... Jawapan biasa bagi mereka2 yang tidak menutup aurat.. Hmm... manusia2... Mari renung2kan...

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


Teguran terang-terangan.. :)

(^^,)v




✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿