✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Fadhlina Siddiq Naib Presiden (Helwa) ABIM
29 Ogos 2012
Lebih Baik Tidak Sekolah - tajuk sebuah buku kecil nukilan Bapak Sujono Samba yang memperkatakan tentang tragedi dan masa depan pendidikan di Indonesia. Dalam perkembangannya sekolah ternyata tidak menjadi media pembebasan dan penanaman nilai-nilai kemanusiaan. Sekolah sudah menjadi penjara yang memisahkan anak didik dari dinamika persoalan masyarakatnya. Semakin lama seseorang bersekolah semakin besar jarak antara dirinya dan realiti kehidupan yang sebenarnya.

Sekolah bukan lagi tempat untuk belajar melainkan tempat murid diarahkan dan dicetak menurut pola yang sudah baku. Dengan demikian, lembaga pendidikan gagal menjalankan tugasnya yang paling dasar, iaitu membantu seorang menjadi manusia yang bebas dan merdeka. Sekolah sudah sepertinya factory atau kilang yang tugasnya hanya mencetak watak-watak manusia A+ dan menolak manusia lain yang hanya mendapat B dan C. Malah yang berstatus D dan F akan terus tersingkir dengan sendirinya.

Di Malaysia tidak kurang keresahannya. Dalam keributan menentukan sistem yang terbaik kita mula meminggirkan aspek teras bangsa dan budaya apabila berterusan meminggirkan Bahasa Melayu dan tulisan jawi. Keranda Bahasa Melayu diusung secara simbolik tanda protes bahawa watak bangsa akan terhapus dengan peminggiran Bahasa Melayu.

Sudah nampak riak akan berlaku kebobrokan dalam aspek nilai dan produk manusia dalam masyarakat dengan meningkatnya gejala sosial dalam kalangan anak muda saban hari.

Dari memaknai soal mendidik asalnya ia sudah menjadi mencetak, tatkala sekolah diperjuangkan untuk rakyat dan pendidikan percuma adalah hak asasi rakyat, aspirasi itu dimatikan dengan pembinaan institusi pendidikan swasta yang terus mematikan hasrat rakyat kononnya ia dibina demi kualiti pendidikan.

Begitulah seterusnya episod-episod menyayat hati dalam isu pendidikan negara yang kemudiannya menjadikan anak-anak kita sebagai eksperimen dan tikus makmal bagi menguji keberkesanan setiap kali dasar pendidikan baru dirombak.

Semua menjadi kalut dan cemas! Ibu bapa sudah tidak ketahuan jadual peperiksaan anak-anak. Guru-guru menggalas beban dengan kelas tambahan dan tuisyen. Anak-anak sudah terobses dengan kecemerlangan akademik atas permintaan pasaran dan prosedur dunia.

Ivan Illich pernah mengejutkan masyarakat dengan gagasan kontroversinya tentang deschooling society (masyarakat tanpa sekolah). Illich meramalkan bahawa jika pengetahuan dan tingkat kedewasaan masyarakat sudah berkembang dengan wajar maka institusi-institusi pendidikan formal tidak lagi diperlukan.

Masyarakat akan mampu menjalankan fungsi pendidikan lewat elemen sosial dan budaya yang luas tanpa harus terikat dengan autoriti perlembagaan seperti sekolah. Ertinya dalam masyarakat ini sekolah sudah tidak diperlukan lagi. Gagasan ini sampai sekarang masih belum terbukti dalam kehidupan konkrit. Tetapi jika dilihat dengan mendalam, maka betapa tepatnya Illich dalam menilai dan mendekripsi peranan pendidikan.

Dalam serba ketidaktentuan arah pendidikan ini, terbitnya buku Excellence Wihout Soul karya Harry R Lewis - membicarakan tentang Universiti Harvard yang sudah kehilangan roh dan menghadapi bencana kehilangan arah tujuan. Ketika Harvard memikul jenama universiti tertua, ternama dan terunggul di dunia, mereka telah melupakan the fundamental job of undergraduate education tanggungjawab dasar terhadap anak didik termasuk to help them grow up, to learn who they are, to search for a larger purpose for their lives and to leave college
as better human beings.

Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara sewajarnya menjaja pendidikan keinsanan yang mana seharusnya ia memaknai sabda nabawi kharu ‘n-nas anfa’uhum li n-nas (orang yang terbaik adalah yang paling berguna kepada orang lain).

Anak bangsa ini harus dididik untuk terus menjadi warga yang baik, anak yang meletakkan sifat keinsanan serta mengangkat darjat karamah insaniyyah serta menjadi manusia yang terus memanfaatkan manusia lain. Ini juga nyata bertepatan dengan kata pujangga Melayu dalam menggambarkan erti manusia yang baik dan bermanfaat itu adalah;

Bagaikan kayu besar di tengah padang,
Rimbun daunnya tempat berteduh,
Kuat dahannya tempat bergantung,
Kukuh batangnya tempat bersandar,
Besar akarnya tempat bersila.
"Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesukaran ada kesenangan!" - Ayat-ayat chenta Allah, surah al-Insyirah, 94:5-6
The Innocence of Muslims filem pendek oleh Nakoula Basseley, 52 tahun, merupakan sebuah tayangan selama 14 minit yang dimuat turun ke laman sosial Youtube sedang hangat diperkatakan oleh umat Islam khususnya. Ini adalah berikutan skrip dan babak yang dilakonkan adalah bertujuan untuk mencela baginda Rasulullah s.a.w dan ajaran Islam itu sendiri. Watak-watak yang dibawa dikaitkan dengan baginda s.a.w dan diubah seluruh maksud sebenarnya sehinggakan ajaran Islam itu berkemungkinan akan dipandang serong oleh mereka yang masih mencari apakah pembawaan Islam dan Rasulullah s.a.w yang hakiki.

Justeru, sebahagian daripada umat Islam daripada seluruh dunia mengambil langkah untuk menjalankan demonstrasi menunjukkan protes terhadap pembikinan video berkenaan. Tunjuk perasaan yang ekstrem juga telah menyebabkan beberapa tragedi meragut nyawa di beberapa buah Negara yang terlibat. Fenomena seumpama ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya akan menjejaskan imej Islam itu sendiri. Rasulullah s.a.w pasti akan suka dan cinta kepada umatnya yang bersungguh-sungguh mempertahankan baginda dan agama Islam. Walau bagaimanapun, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Mari kita mentadabbur potongan ayat al-Quran yang berikut :

“Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa…” [Surah al-Muzzammil, ayat 9-11]

Adalah tidak menjadi kesalahan jika kita ingin berdemonstrasi kerana ingin menunjukkan bahawa kita tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Rasul kita dihina sedemikian rupa. Namun, biarlah bertepatan dengan syariat. Tunjuk perasaan yang melampau sehingga mencarut dengan perasaan marah yang membuak-buak dan bertindak ganas kerana agama kita dihina, itu hanya akan membuktikan dua perkara iaitu perjuangan umat Islam ini adalah issue-oriented dan benarlah bahawa Islam itu mengajar keganasan.

Penulis berpendapat bahawa tindakan yang wajar diambil adalah duduk bertenang dan mengambil iktibar terhadap bagaimana perkara ini boleh diselesaikan dengan sebaiknya dan member kesan jangka panjang. Tiada jaminan bahawa umat Islam yang masih belum faham asas Islam tidak akan terpesong dengan tayangan-tayangan seumpamanya hanya dengan bertindak menunjuk perasaan semata-mata. Adalah lebih baik untuk kita umat Islam belajar mengenal Islam dengan lebih mendalam melalui sumber yang sahih khususnya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penghinaan yang lebih besar adalah apabila umat Islam itu sendiri tidak mahu mendalami Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup malah ada di antara umat Islam itu sendiri yang membenci hukum syariat yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menerima dan menghadapi penghinaan dan celaan yang lebih dahsyat semasa hayat Baginda, tetapi mengapa sahabat-sahabat Baginda tidak mengambil pendekatan menunjukkan protes melalui demonstrasi dan tunjuk perasaan? Ini adalah kerana para sahabat faham akan ajaran Islam dengan sebaiknya dan mampu bertindak rasional serta tidak terburu-buru kerana mengambil kira kesan jangka masa yang amat panjang yang mana bakal dicontohi oleh umat akhir zaman.

Penulis menyarankan agar semua pihak harus bertanggungjawab untuk menerapkan fahaman yang sebenarnya tentang Islam bermula daripada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai dan berterusan kepada masyarakat. Sebahagian masyarakat Islam di Sabah khususnya masih berstatus Islam hanya pada kad pengenalan tetapi sifar dalam pengetahuan mengenai Islam, apatah lagi pemahaman sebenar tentang agama syumul ini. Respon yang ekstrem terhadap penghinaan kepada Rasulullah akan menimbulkan sangkaan tidak baik bagi golongan ini sekiranya mereka tidak diberikan penjelasan sebenar tentang ajaran Islam. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita menunjukkan akhlak yang baik dan seterusnya membuktikan bahawa apa yang ditayangkan oleh video-video yang ingin menyesatkan umat Islam itu adalah tidak benar sama sekali. (^^,)v [statement before di audit...ups]



✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿