✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
The Innocence of Muslims filem pendek oleh Nakoula Basseley, 52 tahun, merupakan sebuah tayangan selama 14 minit yang dimuat turun ke laman sosial Youtube sedang hangat diperkatakan oleh umat Islam khususnya. Ini adalah berikutan skrip dan babak yang dilakonkan adalah bertujuan untuk mencela baginda Rasulullah s.a.w dan ajaran Islam itu sendiri. Watak-watak yang dibawa dikaitkan dengan baginda s.a.w dan diubah seluruh maksud sebenarnya sehinggakan ajaran Islam itu berkemungkinan akan dipandang serong oleh mereka yang masih mencari apakah pembawaan Islam dan Rasulullah s.a.w yang hakiki.

Justeru, sebahagian daripada umat Islam daripada seluruh dunia mengambil langkah untuk menjalankan demonstrasi menunjukkan protes terhadap pembikinan video berkenaan. Tunjuk perasaan yang ekstrem juga telah menyebabkan beberapa tragedi meragut nyawa di beberapa buah Negara yang terlibat. Fenomena seumpama ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya akan menjejaskan imej Islam itu sendiri. Rasulullah s.a.w pasti akan suka dan cinta kepada umatnya yang bersungguh-sungguh mempertahankan baginda dan agama Islam. Walau bagaimanapun, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Mari kita mentadabbur potongan ayat al-Quran yang berikut :

“Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa…” [Surah al-Muzzammil, ayat 9-11]

Adalah tidak menjadi kesalahan jika kita ingin berdemonstrasi kerana ingin menunjukkan bahawa kita tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Rasul kita dihina sedemikian rupa. Namun, biarlah bertepatan dengan syariat. Tunjuk perasaan yang melampau sehingga mencarut dengan perasaan marah yang membuak-buak dan bertindak ganas kerana agama kita dihina, itu hanya akan membuktikan dua perkara iaitu perjuangan umat Islam ini adalah issue-oriented dan benarlah bahawa Islam itu mengajar keganasan.

Penulis berpendapat bahawa tindakan yang wajar diambil adalah duduk bertenang dan mengambil iktibar terhadap bagaimana perkara ini boleh diselesaikan dengan sebaiknya dan member kesan jangka panjang. Tiada jaminan bahawa umat Islam yang masih belum faham asas Islam tidak akan terpesong dengan tayangan-tayangan seumpamanya hanya dengan bertindak menunjuk perasaan semata-mata. Adalah lebih baik untuk kita umat Islam belajar mengenal Islam dengan lebih mendalam melalui sumber yang sahih khususnya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penghinaan yang lebih besar adalah apabila umat Islam itu sendiri tidak mahu mendalami Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup malah ada di antara umat Islam itu sendiri yang membenci hukum syariat yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menerima dan menghadapi penghinaan dan celaan yang lebih dahsyat semasa hayat Baginda, tetapi mengapa sahabat-sahabat Baginda tidak mengambil pendekatan menunjukkan protes melalui demonstrasi dan tunjuk perasaan? Ini adalah kerana para sahabat faham akan ajaran Islam dengan sebaiknya dan mampu bertindak rasional serta tidak terburu-buru kerana mengambil kira kesan jangka masa yang amat panjang yang mana bakal dicontohi oleh umat akhir zaman.

Penulis menyarankan agar semua pihak harus bertanggungjawab untuk menerapkan fahaman yang sebenarnya tentang Islam bermula daripada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai dan berterusan kepada masyarakat. Sebahagian masyarakat Islam di Sabah khususnya masih berstatus Islam hanya pada kad pengenalan tetapi sifar dalam pengetahuan mengenai Islam, apatah lagi pemahaman sebenar tentang agama syumul ini. Respon yang ekstrem terhadap penghinaan kepada Rasulullah akan menimbulkan sangkaan tidak baik bagi golongan ini sekiranya mereka tidak diberikan penjelasan sebenar tentang ajaran Islam. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita menunjukkan akhlak yang baik dan seterusnya membuktikan bahawa apa yang ditayangkan oleh video-video yang ingin menyesatkan umat Islam itu adalah tidak benar sama sekali. (^^,)v [statement before di audit...ups]

0 comments:

Post a Comment




✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿