✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya, kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk kedalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya, tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarinya daripada rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas di benaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula.

Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali niat jahatnya di matikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w " Tinggalkanlah yang haran dapat yang halal". Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain.

Namun sebelum dia beredar... Datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapati. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, "Tinggalkanlah yang haram, akan dapat yang halal. Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar.

Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT. Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahati telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang.

Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapatkan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah di tanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu.

Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangan dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan.

Mereka berdua tersipu malu. Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para sahabat. Demikianlah berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya. 




"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-


1.      Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
2.      Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu
3.      Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
4.      Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu
5.      Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2 sebelum kamu.
6.      Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu
7.      Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah
8.      Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu


"Kesemua keutamaan2 ini adalah kerana engkau, hai Muhammad dan kerana berkatmu.""



✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿