✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Bismillahirrahmanirrahim... 
Menyelusuri Sirah Nubuwwah
Melihat kepada kaedah Nabi SAW dalam menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam masyarakat Arab Jahiliyyah, kita pasti akan menemukan dengan penawar yang paling mujarab dan berkesan untuk merawat penyakit sosial yang berlaku.

Nabi SAW tidak terus ke pusat-pusat zina di Mekah dan menghambat penzina tegar dengan bambu dan sebagainya. Baginda SAW tidak terus melancarkan operasi menghancurkan gudang-gudang arak dan membakar pusat-pusat judi di Mekah. Baginda SAW tidak juga mengarahkan para sahabat r.a. yang ada bersama-samanya untuk menghancurkan berhala-berhala Lata, 'Uzza dan Sam yang begitu banyaknya di keliling Kaabah. Memang ada, tetapi bukan ketika peringkat awal dakwah Islam berlaku di tanah Arab.

Jadi apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW? 

Aqidah. Baginda SAW mengajak para sahabat r.a. dan sesiapa sahaja yang mahu mendengar risalah yang dibawanya, supaya membebaskan diri mereka daripada perhambaan sesama manusia dan perhambaan kepada dunia material, dan menghambakan diri mereka kepada Tuhan yang satu; Allah 'Azza Wajalla. Dan apabila mereka dapat menerima konsep ini dengan sepenuh hati, taat sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya, barulah Nabi SAW mula menyuruh mereka meninggalkan arak, melarang judi, melarang mereka memakan babi dan bangkai, menutup aurat dan sebagainya.

Nabi SAW merawat punca sebenar penyakit masyarakat ketika itu, barulah baginda SAW merawat simptom-simptom penyakit yang lain. Subhanallah.. Setelah masyarakat bangun daripada lena mereka, mula faham tujuan utama mereka dijadikan sebagai manusia di bumi Allah ini dan sedar mereka ada tanggungjawab yang lebih besar daripada makan, tidur, bekerja, kahwin dan bersuka ria, barulah masalah-masalah lain yang membelenggu dan menghantui masyarakat ketika itu dapat diselesaikan. Yalah, penyakit utama dapat disembuhkan, kudis dan kurap pun hilanglah!

Dan kesannya? Jika ketika itu sudah ada ijazah kedoktoran, pasti baginda SAW sudah pun menerima ijazah dan penganugerahan yang tertinggi kerana baginda SAW berjaya menyelesaikan  dan merawat kudis dan kurap yang dihidapi oleh masyarakat ketika itu dengan begitu berkesan sekali! Bayangkan, sebelum datangnya Islam, kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah begitu terkenal dan menakutkan sekali sehinggakan dua empayar besar ketika itu, Rom dan Parsi tidak mahu campur tangan dalam sebarang urusan di tanah Arab ketika itu. Barbariknya masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu sehinggakan kehidupan mereka tidak ubah seperti binatang, malah lebih teruk lagi.

Kedatangan Nabi SAW membawa cahaya baru kepada masyarakat Arab jahiliiyah. Baginda SAW merawat dan mendidik mereka, membentuk dan mentaujih mereka, sehinggakan mereka berjaya diuabh dan mengubah dunia. Walaupun Nabi SAW tidak berkesempatan melihat gahnya empayar Islam suatu hari nanti, para sahabat r.a. meneruskan legasi baginda SAW, menggunakan metod dan kaedah yang sama dalam merawat dan mendidik masyarakat. Dan nah! Islam gah di mata dunia sebagai professor, ustaz kepada alam.

Namun, kaedah Nabi SAW semakin dilupakan. Kaedah baginda SAW kini dilihat sebagai jumud, ketinggalan zaman dan tidak mungkin dapat diaplikasikan pada era moden ini. Benarkah begitu? 

Rahmat Seluruh Alam
Sekiranya Nabi SAW hanya diturunkan untuk orang Arab dan hanya relevan untuk zaman purbakala sahaja, maka nescaya Allah akan menurunkan nabi dan rasul lagi selepasnya. Tetapi baginda SAW adalah khatimul anbiya', penutup bagi segala nabi dan rasul. Lebih utama lagi, baginda SAW adalah rahmat untuk seluruh alam.

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” 
Surah al-Anbiya', 21:107

Maka, sekiranya baginda SAW diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam, pastinya baginda SAW juga adalah rahmat untuk kita pada hari ini. Ya, baginda tiada lagi bersama-sama kita pada hari ini. Tetapi ajarannya, legasinya masih segar dan utuh bersama-sama kita dalam bentuk al-Quran dan as-Sunnahnya.

Terpulang kepada kita sama ada kita mahu mengambil kaedah dan metod yang digunakan baginda SAW dalam merawat kudis dan kurap yang berleluasa di kalangan masyarakat. Telah terbukti cara yang digunakan dan diaplikasikan baginda SAW amat berkesan.

(^^,)v

Full text, visit : Kita dan Kudis

0 comments:

Post a Comment




✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿