✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
 Bismillahirrahmanirrahim..

Berada dalam harakah pastinya akan dihidangkan dengan pelbagai ujian dan dugaan, dari luar mahupun dalam, ada kesedihan dan kegembiraan.. Tatkala dihimpir seribu satu permasalahan, hadapilah dengan tenang.. Jangan mudah melatah.. Kerana jalan dakwah itu tidak pernah sekalipun mudah..

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat kita diuji.. Maka berdoalah agar kita mampu menghadapinya dengan iman dan taqwa.. Semoga keikhlasan semakin jitu dan keperibadian semakin unggul..

Pisahkan masalah peribadi daripada hal jemaah, elakkan penyakit hati dalam jemaah.. Kerana ianya berisiko untuk menyumbang kepada sedikit kepincangan dalam perjuangan.. Mungkin akan keliru tentang apa yang dituju.. Mungkin juga akan luntur semangat juang yang seharusnya tinngi untuk menegakkan agamaNya..

 

"Hati yang ikhlas tidak perasan akan pujian, tidak terkesan dengan cacian.. Kerana hati itu tahu pandangan siapa yang perlu diutamakan"


 
 
Dalam berjuang juga akan ada perselisihan pendapat.. Mungkin fikrahnya sama, tapi pendapat pastinya berbeza... Manusia juga mudah lupa.. Maka sebagai manusia, tugas kita adalah mengamalkan amal makruf nahi mungkar... Oleh itu, teguran haruslah diterima dengan hati terbuka... Menegur juga perlu dengan cara berhikmah... Andai ada hati yang terluka, mohon maaf dan maafkanlah... Kerana khilaf itu perkara biasa... 
 
Ukhuwah itu indah, jika dibina keranaNya.. (^^,)

0 comments:

Post a Comment




✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿