✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, kecantikannya, kecantikan-Mu, keindahannya, keindahan-Mu,
kekuatannya, kekuatan-Mu, kekuasaannya, kekuasaan-Mu, perlindungannya, perlindungan-Mu...

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...

Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [Surah at-Taubah : 24]
Bismillahirrahmanirrahim...

Lama x update, bukan setakat kerana sibuk, tapi juga malas.. :D

Hari ini (03 Okt. 2011), kelas math 8.00-11.00 dibatalkan, ambil kesempatan untuk menaip sesuatu sebelum mula menyiapkan assignment yang semakin menggunung.. 4 bulan sunyi tanpa kerja, sedikit berkarat otak ini nampaknya..

30 Sept. - 2 Okt. 2011, mengikuti program Tamrin Nuqaba' ABIM.. :) Sungai Biru, Ranau.. Walaupun bilangan peserta tidak begitu ramai, tapi just nice.. Program dijalankan dengan lancar.. Kuantiti itu tidak berapa penting jika dibandingkan dengan kualiti.. :)

Tamrin kali ini sangat menarik.. Sangat2 menarik... Pengisian oleh para penceramah diiringi oleh bunyi air sungai yang mengalir, burung2 yang berkicau, dan angin yang bertiup lembut.. Nyaman rasanya dan lebih muda menghadam segala yang disampaikan kepada kami.. :)

Tidur di dalam chalet, pemisahan di antara muslimin dan muslimah dalam beberapa slot, aktiviti dalam sungai, Wow! Seronok! :) Kali ini, alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencuba pelbagai perkara.. Imam solat Subuh dan bacaan mathurat, pengerusi slot bersama Aunty Rukiah n pengucapan awam selama 4 minit..haha.. (suppose to be 5 minit.. :P)

Ya..penat..tapi, mana ada perjuangan yang mudah.. Hari ketiga kami diberi task untuk melawat ke rumah2 di sekitar daerah Lohan.. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke satu rumah ke rumah yang lain.. Maksimum 3 buah rumah.. Tugasnya? Beramah mesra dengan penduduk kampung dan gain beberapa maklumat.. Very enjoy.. Macam2 perangai masyarakat boleh dilihat.. Paling tidak boleh dilupakan, nenek 94 tahun mengaku berumur 200 tahun..haha...adeh... :P

Balik ke asrama, then tidur..hihi... Mujur sudah jamak solat ketika masih di Ranau.. Sempat ziarah anak2 di Rumah Putera Harapan.. Hmmm, setiap kali ke sana, sedih melihat kebajikan mereka yang kurang terurus.. Tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk buat mereka mengamalkan apa yang telah di ajar kepada mereka.. Aduhai....

Coklat mariii!!! ^_^ Thanks to abg Hilmie atas coklat2 yang dibelikan.. Kami semua gumbiraa melihat coklat2 yang dibawa itu.. (Lama menunggu kiriman sampai..:P)

Oh Najwa, insyaAllah selamat sampai di Jakarta.. Hmm... terkilan x sempat jumpa sebelum berangkat ke sana.. Hadiah pun hanya mampu dikirim..huhu... Kehilangan pasti terasa walaupun ada ahli geng yang baru, yang sebijik sebijan dengan Najwa Md. Haris...

Gambar2 masih belum diambil dari mereka2 yang berkenaan.. Will update later! ;)


(^^,)v

0 comments:

Post a Comment




✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ GooD GirL ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿

My Photo
Myzra Midin
✿⊱╮♥...I want to die with my forehead on the ground; the Sunnah in my heart; Allah on my mind; Quran on my tongue; and tears in my eyes... ♥ ✿⊱╮ ♥...I was married to the Duniya - but we have now divorced. I am now engaged to the Akhirah - but my desire to marry Jannah remains. I've rejected Jahannum's proposal and now, Jahannum and Duniya keep harrassing me. Instead of calling 911 and asking for a restraining order, I called upon Allah. Duniya and Jahannum haven't been arrested, so I'm constantly living in fear, but I won't let them ruin me...♥
View my complete profile

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥ Main Family ♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿